BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, June 3, 2010

piiieeee..muka boleh percaya ke...

mamat songkok tinggi ni boleh percaya ke..tengok songkok pun dah tahu songkok cari makan..tapi kena agresif sikit lagi ..baru ada peluang diberi apa-apa jawatan ganti KJ yg tak berjawatan..

Gaza: PERKASA sertai perhimpunan PAS esok

Selain perhimpunan anjuran Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), juga akan menghantar anggotanya menyertai perhimpunan dan perarakan anjuran PAS esok untuk mengutuk serangan tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan Palestin.

Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah berkata, pihaknya akan menghantar anggotanya menyertai perhimpunan anjuran PAS di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Manakala perhimpunan anjuran Umno pula akan berlangsung di Masjid Negara, yang diketuai oleh ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

“Kami akan bahagikan anggota kami kepada dua kumpulan - satu ke Masjid Kampung Baru dan satu lagi ke Masjid Negara," kata Arman.

Menurutnya lagi, kumpulan ke Masjid Kampung Baru akan diketuai naib Wira PERKASA, Irwan Fahmi dan beliau sendiri akan mengetuai kumpulan di Masjid Negara.

“Tujuan kami
pergi ke kedua-dua perhimpunan tersebut adalah untuk memberi sokongan dan tidak mahu ia dipolitikkan jika kami menyertai satu perhimpunan sahaja kerana ia berkaitan dengan Islam,” kata Arman (kiri).

Sementara itu, setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran anggota PERKASA di perhimpunan anjurannya itu.

"Kami mengalu-alukan (mereka), boleh, insya-Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails