BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, June 24, 2010

sejak 1malaysia..dalam kem Tentera Pun dah tak selamat..

Polis diberi tanggung Jawab menyiasat..hi hi hi bagui no...dalam kem tentera bila ada kematian Polis siasat..tapi dalam lokap Polis bila ada kematian Polis juga Siasat...bagui bagui..?

Polis siasat kematian pelajar RMC sebagai kes bunuh

Polis akan menyiasat kes kematian seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) awal pagi ini sebagai kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita dapati ada elemen jenayah berlaku, itu kita sedang siasat. Kita tengah kenal pasti siapa bertanggungjawab. Kita belum dapat maklumat itu.

"Setakat ini, kita belum buat tangkapan (suspek) lagi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi ini.

"Dalam laporan itu, dia mengadu (allahyarham) pengsan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan mereka lakukan (pertolongan cemas) CPR.

"Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, mereka buat laporan polis. Bila kita dapat laporan barulah kita pergi ke dalam kem," katanya lagi.

Tambahnya, jenazah pelajar tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Dalam satu kenyataan petang ini, Kementerian Pertahanan menyebut bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi ini, disebabkan "satu kejadian."

Mohammad Naim Mustaqim disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi.

"Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Komandan MTD," menurut kenyataan itu lagi yang dihantar melalui Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan.

"Lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan sebab kejadian ini berlaku.

"Sementara itu, beberapa orang (pelajar) yang dikenalpasti bersama-sama dengan allahyarham sebelum itu, telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Untuk keperluan dalaman ATM, Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Cawangan Provos Marsyal (CPM) juga telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan susulan," kenyataan itu dipetik.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam RMC, Mejar Zunizam Zainuddin memberitahu Malaysiakini, jenazah Mohammad Naim Mustaqim akan diterbangkan dengan pesawat tentera ke Butterworth.

Katanya, dari situ, jenazah allahyarham akan dibawa ke Baling, untuk dikebumikan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails