BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, June 21, 2010

Hadkan juga Tempoh menjadi PM...

hadkan juga tempoh menjadi PM.....baru best.ini sekarang boleh jadi PM sepanjang hayat...masa bila pulak orang lain boleh songlap dan boleh merasa shopping rm600ribu sekali gus..bagi peluang orang lain kaya..baru adil namanya..sapu duit rakyat samarata..haha haha selagi UMNOBN menerajui Msia..buat apa sahaja...walasal balik asal...duit rakyat tetap difaraid bersama keluarga...

HADKAN TEMPOH WAKIL RAKYAT

Monday, June 21, 2010


TEMPOH perkhidmatan seseorang wakil rakyat di negara ini perlu dihadkan kepada tidak lebih daripada tiga penggal sebagai satu cara mengekalkan sokongan akar umbi kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Usul menghadkan tempoh perkhidmatan seseorang wakil rakyat itu dikemukakan oleh Umno Cawangan Pulau Tengah, salah sebuah cawangan Umno di Bahagian Tuaran dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 15 Jun yang lalu.

Ketua Cawangannya, Marsah Muyong berkata, usul itu diluluskan oleh ahli-ahli cawangan yang hadir dalam mesyuarat itu dan dikemukakan sebagai satu usul dalam mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tuaran pada 27 Jun akan datang.

Marsah yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tuaran menyatakan, usul tersebut akan dibawanya untuk diperbahaskan oleh para perwakilan supaya Umno sebagai tunjang kepada BN tetap relevan di hati rakyat.

"Jiika benar Umno ingin memperliihatkan perubahan yang sebenarnya terhadap perjuangan demi bangsa, agama dan negara, maka kesediaan menghadkan tempoh perkhidmatan wakil rakyat BN jelas akan menghakis tanggapan Umno dan BN gila kuasa dan tamak haloba,yang kalau ini berterusan boleh menghakis kepercayaan terhadap perjuangan BN itu sendiri," kata Marsah.

Katanya, langkah menghadkan perkhidmatan setiap wakil rakyat di seluruh negara kepada hanya tiga penggal iaitu 15 tahun adalah tepat pada masanya kerana tindakan tersebut akan memastikan setiap wakil rakyat dapat memberikan khidmat lebih efisyen dan berkesan.

"Selain itu, ia juga akan membolehkan seseorang wwakil rakyat iaitu Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen tidak berkhidmat terlalu lama sehingga menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka kepada rakyat. Ia juga akan dapat memastikan lebih ramai pemimpin pelapis dapat dilahirkan untuk memberi sumbangan khidmat mereka kepada masyarakat," kata Marsah yang juga Mantan Ketua Daerah Mengundi Kawasan Pilihanraya Indai di Sulaman.

Beliau yang juga pernah menjadi Pemaju Mukim Kawasan Sulaman berkata, penghadan tempoh wakil rakyat juga akan memberi peluang kepada mereka yang ikhlas dalam parti sama-sama dapat menikmati hasil perjuangan mereka.

Marsah menegaskan, tempoh perkhidmatan selama tiga penggal yang dicadangkan itu adalah lebih daripada memadai untuk seorang pemimpin memberikan sumbangan khidmat bakti kepada rakyat.

Marsah yang juga bekas Wakil Ketua Anak Negeri Tuaran berrkata, semakin lama seseorang itu menjadi YB maka semakin lama ia merasa ego dan takbur sehingga dalam beberapa keadaan ia akan mengetepikan aspirasi rakyat yang telah menyokongnya menjadi pemimpin.



"Oleh sebab itu saya fikir amat sesuai jika had tempoh sebagai wakil rakyat bagi seseorang pemimpin di setiap kawasan yang mereka wakili dikaji agar dapat menyatakan perubahan sebenar ilham yang didendangkan oleh pimpinan Umno selama ini.

"Jika tempoh perkhidmatan wakil rakyat dihadkan kepada tiga penggal, ia mendatangkan lebih banyak kebaikan dan faedah kepada rakyat dan tempoh yang dihadkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan sepenuh hati kepada rakyat," kata Marsah, sambil menambah usul itu dikemukakan untuk pertimbangan pucuk pimpinan negara.

Umno Cawangan Pulau Tengah dalam Bahagian Tuaran juga mengusulkan supaya tempoh pegawai-pegawai kerajaan dibenarkan berkhidmat di sesuatu daerah tidak melebihi lima tahun bagi memastikan pegawai kerajaan memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.

Kata Marsah tempoh perkhidmatan yang terlampau lama di sesetengah tempat menyebabkan sebilangan pegawai kerajaan tidak memberikan komitmen terhadap tugas sebenar mereka.

Oleh: HAJI GHULABDDIN ENJIH (sabahkini)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails