BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, July 21, 2011

50 hari 70 saksi..akhirnya..mati sendiri..!

hi hi hi hi saperti yang diharap.....

Suruhanjaya dapati Teoh Beng Hock bunuh diri

KUALA LUMPUR - Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu.- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

keputusan yang paling masuk akai,akai orang berjiwa sakit dan berpenyakit.memang senang lagi mudah mensabitkan kematian toeh b.h. sebagai membunoh diri.lazimnya seseorang yang bukan islam membunoh diri adalah perkara yang tidak akan ada menimbulkan/prasangka berhubong kait dengan akidah,sebab kematian membunoh diri bagi bukan islam boleh diterima pakai sebagai perkara biasa,justeru itu keputusan ini tidak akan ada bertikaian atau perhujahan selanjutnya dari keluarga teoh b.h.mahu pun dari pencari keadilan.untok kematian sarbaini pula rakyat akan dihidangkan dengan alasan beliau dalam ketakutan terjatuh dari tingkap bangunan tersebut.bravo!!.. 1malaysia boleh !!!.persoalan akidah disini tidak akan ditimbulkan oleh sesiapa,kerana arwah tidak membunoh diri atau dibunoh oleh sprm.bertenggek atas tingkap mungkin kebiasan manusia rumah yang bertingkap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails