BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, July 17, 2011

53 tahun Minda diPegang oleh UMNO...nak buat camna>>?

oooh sikit punya hal..berikan penjelasan yang telus I`nallah mereka akan menerimanya..nak buat macam mana..53tahun dibawah UMNO minda masyarakat telah rosak dan berulat..tinggal lagi saki baki nya sikit sikit..kalau adakan perjumpaan dan diberipenerangan boleh diterima oleh DAP kerana minda mereka terbuka dan mahukan keadilan..bukan macam minda UMNO...jahat sampai ketulung sum sum..

Pusat hiburan: Pemimpin DAP syor keluar Pakatan jika Kedah ‘berkeras’

July 17, 2011


KUALA LUMPUR, 17 Julai — Meskipun wujud hubungan mesra dan kukuh, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan.

Pemimpin-pemimpin DAP membincangkan idea itu pada pemukiman mereka semalam, yang dilihat kemungkinan akan membawa kepada berulangnya perpecahan dalam kerjasama dengan PAS-DAP dalam perikatan Barisan Alternatif pada 2001.

Pua (gambar) melahirkan rasa tidak puas hati menerusi Twitter semalam dengan berkata, beliau berpandangan DAP tidak wajar berada dalam Pakatan Rakyat jika keprihatinan dan kebimbangan pihaknya tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam isu semasa ini.

“(Kami) tidak mahu jadi macam MCA atau Gerakan dalam BN,” kata wakil rakyat ini.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pua enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dengan berkata ia hanya pandangan peribadi, bukannya pendirian rasmi parti.

Pun begitu katanya, perkara tersebut ada dibincangkan pada sesi pemukiman DAP di Seremban semalam dan akan dibincang secara mendalam pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat Selasa ini.

Pandangan itu dikeluarkan di sebalik laporan media bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar tetap kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

“Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas.

“Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu.

Laporan The Malaysian Insider semalam memetik Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu hari ini rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat pagi ini.

Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan.

Keputusan itu dibantah oleh MCA dan Gerakan.

Baru-baru ini Azizan berkata enakmen itu bukan sesuatu yang baru, sebaliknya telah diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataannya, Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi seumpama itu sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini.

“Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat Siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak?

“Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam,” kata beliau sambil menambah, bantahan seumpama itu berteraskan kepentingan politik MCA dan BN.

“Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP,” kata Sanus

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

wajarkah PAS membuang perjuangan negara Islam kerana begitu takut kepada DAP dan sekutunya....lihat saja bagaimana PAS diperlakukan di PPinang dan Selangor. cubalah lihat dengan penuh keinsafan! kalau pun benci sangat dengan UMNO..buktikanlah PAS itu lebih baik lagi daripada UMNO bukan sekadar retorik sahaja. orang kebanyakan sedang melihat kelaku PAS sekarang ini.

Anonymous said...

KHIK KHIK TAKPAYAH JADI BATU API WAHAI MANUSIA YANG busuk hati...nak lihat apa..?dipulau pinang masa UMNO menang majoriti bagi gerakan cina jadi KM..dikedah UMNO 99% menang joli sekalmbu dengan cina ...sampaikan undang undang yg sedia ada pun takleh nak tegakkan..org ramai memangdah sedia faham pas..penuh dengan hikmah....jgn sekli kali banding UMNO dengan PAS...tengok dulu jubur sendiri bersih atau tidak sebelum nak jenguk jubur org lain wahai manusia yg takde keihlasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails