BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, June 3, 2010

Bila MP Bn tidur sebantal dgn Peguam..


PEGUAM KHIANAT, AHLI PARLIMEN LAKNAT?(BN)

Posted by admin | Thursday, June 3, 2010


Print
ShareThis

MERASAKAN dirinya dikhianati, seorang usahawan bumiputera, Hazreeq Putra Hasman, memberikan altimatum 14 hari kepada Peguam Rakhbir Singh untuk mengembalikan wang sejumlah RM30,000 yang telah dibayarnya sebagai pendahuluan atau menghadapi tindakan mahkamah kerana peguamnya gagal memfailkan saman terhadap Ali Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal berhubung pertikaian engkar menyelesaikan hutang sejumlah RM1.5 juta.


Menurut Hazreeq, beliau terpaksa menggunakan saluran media setelah semua panggilan telefon dan surat yang dihantar kepada peguam berkenaan tidak dijawab; sebaliknya mendedahkan dirinya kepada risiko kerugian setelah syarikat Yusof, Labindo Engineering Sdn.Bhd gagal menyelesaikan tuntutan hutang selepas menamatkan khidmat syarikat Hazreeq, Nautika Innovasi Sdn.Bhd bagi projek membina Pasar Baru Labuan.

“Saya telah beri peluang yang cukup kepada Rakhbir untuk menjalankan tugas beliau sebagai Peguambela dan Peguamcara saya, tetapi sehingga kini sudah hampir dua tahun, sekeping surat pun tiada dikeluarkan daripada pejabat beliau,” ujar Hazreeq yang muak dengan sikap peguam berkenaan yang beribu pejabat di Labuan.

Sebagai peguam yang memegang amanah pelanggan, Rakhbir sepatutnya memfailkan saman terhadap Yusof Mahal atau mengembalikan wang pelanggan jika tidak dapat memfailkan saman atas apa juga sebab dan bukannya mendiamkan diri dengan melesapkan wang pelanggan.

Kata Hazreeq, menurut perjanjian yang dimaterai, Rakhbir mengenakan yuran guaman sejumlah RM120,000 dan beliau telah membayar pendahuluan RM5,000 pada 21 Julai 2008 dan dikehendali membayar RM10,000 pada atau sebelum hari ke 7 setiap bulan sehingga kes selesai.

“Saya telah membayar RM25,000 lagi tiga minggu selepas pendahuluan berkenaan tetapi Rakhbir tidak melakukan sebarang prosiding atau memfailkan sebarang saman terhadap Labindo Engineering atau Yusof Mahal sehingga menyebabkan saya menghentikan bayaran,” kata Hazreeq yang kecewa dengan tindakan Rakhbir yang gagal membantu beliau mendapatkan kembali sejumlah RM1.5 juta yang belum dibayar Yusof kepadanya.

Walaupun projek tersebut telah ditamatkan oleh Perbadanan Labuan setelah Yusof gagal menyiapkan projek berkenaan, namun tidak melepas atau membebaskan beliau daripada tanggung jawab menjelaskan hutang kepada Nautika Innovasi Sdn.Bhd.

“Saya dengan ini mendesak agar Rakhbir mengembalikan semua wang saya dalam tempoh 14 hari kerana beliau tidak melakukan sebarang tugas bagi pihak saya atau Nautika Innovasi. Jika beliau gagal saya tidak mempunyai pilihan melainkan melaporkan kepada SLA (Sabah Law Association) atau Tribunal tuntutan pengguna,” tegas Hazreeq yang membayangkan untuk melantik peguam baru mewakili beliau mengemukakan saman terhadap Yusof Mahal dan Labindo Engineering Sdn.Bhd.

Menurut Hazreeq, beliau turut melaknat Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal kerana menyalahgunakan kedudukannya untuk menganiaya dan memperdaya beliau ketika tidak ada sub-kontraktor mahu menjalankan kerja sub-kontrak yang ditawarkan oleh Labindo Engineering Sdn.Bhd berdasarkan rekod buruk dan Skandal Yusof selama ini.

Oleh: (sabahkini)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails