Luahan rasa derita jiwa si Ayah - PR wajar bertindak
KEJADIAN BANGUNAN RUNTUH, FAIR PARK, IPOH, PERAK
02 OKTOBER 2009 - 2 MANGSA TERBUNUH
Saya bernama Mohd Norzila b Hj Abd Rahman No Kad Pengenalan 640414-05-5323 beralamat di 48 Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, Ipoh, Perak adalah bapa kepada Allahyarham Mohd Firdaus yang terbunuh akibat runtuhan bangunan lama pada jam 9.30 malam hari Jumaat 02 Oktober 2009.
Setelah anak saya selamat dikebumikan, saya menunggu janji-janji ADUN Sg Rapat, Ketua Penerangan Negeri Perak, Gagasan Melayu Perak dan pihak-pihak yang lain tetapi hingga hari ini tidak kunjung tiba apatah lagi untuk bertanya khabar. Saya masih boleh bersabar... tetapi bila melihat tragedi Kuala Dipang seminggu selepas itu dan tragedi pelajar UTAR lemas di Kampar yang melibatkan bangsa asing hati saya mula terdetik dan bertanya mengapa ada perbezaan daripada pemimpin-pemimpin MELAYU ini dalam memberi bantuan. Adakah nyawa orang Melayu dengan rakyat India dan Cina berbeza di mata mereka ?
Bukan saya irihati atas lambakan bantuan dan imbuhan kepada mereka mahu pun membawa isu perkauman. BAGUSLAH apabila kerajaan Negeri dan Pusat menjalankan tanggungjawab tetapi persoalannya kenapa anak saya yang berbangsa Melayu, beragama Islam... tidak ada sesiapa yang memberi dan menawarkan apa-apa bantuan dan sokongan sehingga hari ini.
“Orang Melayu harus terima takdir kerana kita orang Islam”... Inilah yang membuatkan nyawa anak saya tidak langsung dihargai dan saya dianiayai oleh Pemimpin-Pemimpin Melayu.
Laungan keramat BELA NASIB ORANG MELAYU dan JANGAN MAINKAN ISU PERKAUMAN menjadi slogan tetapi SIAPA sebenarnya yang mempermainkan isu ini ? Saya hanya ingin mencari keadilan atas kecuaian pihak Berkuasa Tempatan (MBI) dan pihak yang melakukan runtuhan... Langsung tiada langkah-langkah keselamatan yang di ambil sewaktu kejadian. Mulut MB sendiri memberitahu saya pihak yang menjalankan kerja pada malam itu tidak mempunyai lesen dan permit untuk melakukan kerja.
Tetapi saya tidak mempunyai pilihan selepas itu kerana Peguam yang mewakili saya tidak mempunyai keberanian untuk mendakwa MBI dan kes telah ditutup pada 17 Januari 2011 oleh Hakim dengan alasan dokumen tidak lengkap. Apa yang berlaku ini? Sudahlah hanya Kontraktor dan Tuan Tanah sahaja disaman... sesudah hampir 2 tahun kes ini tiba-tiba ditutup. Saya telah berjumpa dan berbincang sendiri dengan Peguam-Peguam dan pihak-pihak NGO Melayu yang lain tetapi semuanya takut dan bimbang akan PERIUK NASI yang akan tergugat bila berhadapan dengan MBI. Bukan keadilan dan amanah yang dipentingkan tetapi nikmat dunia yang dipertahankan.
Apabila mengenangkan kes yang belum selesai ini, selama setahun lebih saya tidak dapat bekerja. Saya keseorangan, mencari ke hulu ke hilir menagih simpati agar ada pihak yang tampil membantu namun tidak berhasil. Saya mendapat tahu daripada salah satu pihak NGO dalam sebuah perjumpaan hari raya puasa 2009 bahawa Datuk Bandar Ipoh telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak MBI dan kontraktor telah memberi pampasan kepada keluarga mangsa runtuhan dengan bantuan Ketua Polis Perak (CPO) padahal satu sen pun tidak pernah sampai kepada kami.
Surat dan website aduan kepada YAB Perdana Menteri dan 3 pihak di atas serta MB Perak langsung tidak dibalas. Apa fungsi website aduan tersebut saya pun tidak tahu. Pada siapa lagi saya harus meminta tolong? Hati dan perasaan saya betul-betul sedih dan marah pada Pemimpin-Pemimpin Melayu sekarang ini. Mereka memegang kuasa tetapi menghirup darah orang melayu, mengejar kemewahan dan ketamakan dunia.
Pemimpin seharusnya turun padang... menjaga dan melebihkan rakyat... bukan kantung keluarga sendiri. Pemimpin-pemimpin melayu ini sanggup menghalalkan perbuatan mereka semua terutama menindas orang melayu sendiri asalkan kedudukan, kuasa dan kemewahan ini dapat dipertahankan.
Semua sanggup sehingga menjual agama. Saban tahun menyambut Maal Hijrah dan Maulidur Rasul tetapi semuanya sandiwara sahaja. Yang menjadi sunnah dan peringatan Rasul langsung tidak dihayati. Sifat-sifat terpuji Rasul dan 4 khalifah tidak diikuti. Semua acuan ikut sedap kantung sendiri sahaja dan didokong pula oleh pengikut-pengikut yang sama-sama tamak. Dari peringkat tertinggi hingga ke Jawatankuasa Kampung yang menyambut Pak-Pak Menteri...
Setakat berpolitik dengan memakai Baju Melayu dan Baju Korporat yang sama kononnya menggambarkan keharmonian dan kesatuan hati.... Tak payah la!!! Rakyat pula terhegeh-hegeh bertungkus lumus membuat kenduri dan menjamu perut yang tidak berhenti kekenyangan ini. Mentaliti orang melayu mesti memberi dan menjamu Pemimpin sebaik-baiknya. Kekanda PM pertama kita pernah berkata, “yang orang kaya dahulu masuk politik sanggup jadi papa kedana”. Sekarang orang miskin ceburi politik boleh menjadi kaya raya.
Jangan tuduh atau kata saya emosi! Jika anak sendiri “dibunuh” begini cara dan sistem keadilan tidak berpihak pada anda walau pun semua kebenaran telah terbukti, APA YANG PATUT SAYA BUAT ??? Saya tidak mendapat pertolongan dan perhatian hanya kerana saya orang melayu miskin yang tidak berpengaruh dan tidak berpolitik.
Hati dan perasaan saya ingin mencari keadilan dan meneruskan hidup dengan tenang dan menunggu dijemput Ilahi. Tetapi bagaimana saya harus mencari ketenangan jika hari-hari di kaca TV dan media cetak melihat mereka yang menggunakan pengaruh politik menahan saya daripada mencari keadilan? Saya tidak sanggup mengaminkan doa untuk Pemimpin-Pemimpin ini. Bagaimana harus saya memohon kesejahteraan PEMIMPIN-PEMIMPIN DAYUS, MUNAFIK DAN PENUH DENGAN KEPURA-PURAAN ini?
Dalam isu Teoh Beng Hock, PM berkata keluarga mendiang memainkan isu politik dan tidak mahukan kebenaran. Bagi kes anak saya pula kebenaran di pihak kami tetapi banyak pula tangan-tangan Melayu yang menghalang. Janganlah harap semua harta dan kemewahan dunia ini dapat di bawa masuk ke lubang kubur anda semua kelak. Tetapi satu perkara saya boleh jamin... kepalsuan dan pengianayaian anda semua pasti dibalas oleh Allah SWT.
Banyak lagi kepincangan yang saya hadapi berhubung dengan Pemimpin-Pemimpin ini. Kalau sudi datanglah temui saya boleh saya terangkan lagi. Rumah saya berhadapan dengan pintu Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia sentiasa terbuka.
Saya ingin menasihati orang–orang melayu yang lain... Carilah rezeki yang halal, jagalah keluarga sendiri dan pastikan kita berpegang kepada amanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Tidak payah bergelumang dengan PENIPU, DAYUS DAN MUNAFIK MELAYU DI ATAS.
ADAKAH NASIB DAN PERTOLONGAN YANG SAYA NANTIKAN AKAN TIBA ?
Sebarkanlah risalah dan kepedihan saya ini agar menjadi iktibar akan nasib ORANG MELAYU DI DAERAH IPOH, PERAK. Hanya doa yang dapat saya balaskan dengan pertolongan saudara saudari semua. Assalamualaikum...
Sharpshooter -
No comments:
Post a Comment