BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, March 13, 2011

Belum sempat habis membaca..dah tersembur..teh diMulut..khik khik

nak jaga akhlak,tingkahlaku dan ikhlas..kihik kihik khik...apa bendanya tu wahai Pimpinan BN..


ini tingkah laku..nah ambil kau

BN Hendaklah Menjaga Akhlak, Tingkahlaku Dan Ikhlas Bagi Menjamin Kemenangan PRU-13

YAN, 13 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) dan parti komponen serta anggotanya hendaklah menjaga akhlak, tingkahlaku dan ikhlas dalam menangani masalah rakyat bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata parti komponen BN juga tidak harus mempertikaikan calon yang dipilih oleh pucuk kepimpinan untuk bertanding pada PRU-13.

Beliau berkata dalam tempoh tiga tahun Pakatan Pembangkang memerintah Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan, banyak krisis berlaku terutama kepimpinan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"BN berusaha menyelamatkan negara sebaliknya pembangkang khususnya DAP dari awal lagi cukup tidak yakin dan cuba menidakkan rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang.

"Bagaimana mereka hendak memerintah negara kerana masalah kerjasama ini tidak boleh selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis Jalinan Rakyat bersama Menteri di sini, Ahad.

Beliau turut mempersoalkan PKR kerana masih mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin yang menghadapi tuduhan tidak bermoral sebagai penasihat parti.

Mengenai Umno Kedah, Jamil Khir yang juga Ketua Penerangannya berkata Umno negeri akan menggunakan strategi berbeza dari negeri lain bagi menghadapi PRU-13.

"Masalah di Kedah tidak sama dengan negeri lain yang dikuasai pembangkang. Dari segi pentadbiran, PAS sangat lemah, sebab itu banyak janji dalam manifesto pilihan raya 2008 parti itu tidak terlaksana," katanya.

Beliau memberi contoh projek mega hidro karbon hub di Yan bernilai berbilion ringgit yang dijadual dilaksanakan pada akhir tahun lepas masih tidak dilaksanakan.

"Sekadar membuat pelancaran pecah tanah projek tidak memadai," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails