BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, March 21, 2011

Ulasan seorang Menteri...????

sepatutnya mengarahkan Pihak keselamatan mencari,tangkap dan mengambil tindakan siPenayang filem Lucah itu../ini pulak lain jadinya..?kenapa? takde akta..atau semua AUTA...?adakah boleh dia kata..kalau teraniaya buat laporan..is is is ish...mampusssssss kalau macam ini..?masa VCD CSL dikata apa..?

Video seks: Buat laporan polis jika teraniaya, kata Hishammuddin

March 21, 2011
Hishamuddin Hussein
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta individu yang rasa dirinya “teraniaya” ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.

Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

“Kita tak boleh nak ambil tindakan selagi tiada laporan polis dibuat.

“Tapi siapa yang terlibat kena berani dan jawab, sesiapa yang rasa dianiaya buatlah laporan polis,” katanya pada sidang media.

Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

“Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara ini (video seks) pagi tadi, saya tak tahu siapa dan apa butirannya.

“Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.

“Apa yang boleh saya tegaskan bahawa polis tidak terlibat dalam apa jua kegiatan untuk merekod video itu.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya benar individu tersebut adalah pemimpin Pakatan Rakyat, maka rakyat akan menilai dan menghukum tindakan individu tersebut.

Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai “Datuk T”.

Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.

Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails