siapa KUDA siap tunggang..hi hi hi UMNO UMNO UMNO..biool sampai sudah..
‘Percakapan saya disalah tafsir’ — Nazri
KUALA KANGSAR, 26 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata percakapannya semasa sesi temuramah dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini telah disalah tafsir oleh wartawan berkenaan sehingga menyinggung perasaan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Justeru, katanya, soal meminta maaf tidak timbul kerana laporan yang disiarkan itu tidak betul.
“Saya anggapkan hubungan Umno dan MCA ibarat sebuah perkahwinan yang kukuh ... kahwin lebih 50 tahun ada bergaduh, macam-macam aduan. Sebuah perkahwinan yang lama tetapi tidak bercerai.
“Saya tidak suruh keluar pun. Itu mesej saya, ini perkahwinan lama, bergaduh tetapi tidak bercerai,” katanya ketika mengulas mengenai kontroversi laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang menyebut beliau menyifatkan MCA sebagai “isteri yang dizalimi tetapi enggan meminta cerai”.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Ketua Kampung Padang Rengas di sini, Nazri yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Rengas berkata laporan berkenaan berpunca daripada salah tafsiran dan kemungkinan wartawan akhbar terbabit tidak begitu memahami Bahasa Melayu.
Nazri menjelaskan bahawa dalam temuramah berkenaan beliau membuat anggapan Umno dan MCA sebagai pasangan yang telah lama berkahwin dan seperti biasa dalam perkahwinan ada berlaku pergaduhan, perbezaan pendapat dan aduan.
“Siapa yang tidak bergaduh. Laki bini bergaduh tetapi tidak bercerai ... ini maksud saya, Umno dan MCA ibarat perkahwinan yang kukuh asasnya. Mungkin dia (wartawan) faham lain,” katanya.
“Lagi pun apa yang perlu risau kerana saya bercakap hanya sebagai seorang Ketua Bahagian (Umno) bukan seorang pemimpin kanan (senior),” katanya.
Ekoran tersiarnya laporan itu beberapa pemimpin parti komponen BN meminta Nazri memohon maaf antaranya termasuk Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. — Bernama
1 comment:
Pergi jahanam dengan dia orang tu...nak mamposs ke , nak melingkup ke...dua-dua nya celaka/.
Post a Comment