BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, March 18, 2011

hi hi...Jual Tembikai susu ..keluasan 0.4 hektar dapat rm600ribu..

jom pakat pakat tanam tembikai susu..tapi sebelum mula kena Jumpa Big...ambil petua..nak untung banyak hi hi..kalau nak tembak pun biar berpadah..

Rosmah sumbang RM600,000 hasil jual ‘rock melon’

fertigasi2

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM600,000 kepada Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal 1Malaysia, yang merupakan pendapatan sulung hasil projek tanaman 'rock melon' di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya.

Diusahakan oleh syarikat Iris Corporation Berhad, projek itu pada mulanya memperuntukkan kawasan seluas dua hektar di Seri Perdana, namun hanya 0.4 hektar sahaja yang sesuai digunakan untuk projek tersebut.

rosmah mansor singingRosmah berkata idea untuk menjadikan kawasan lapang di Seri Perdana sebagai kawasan tanaman itu datang apabila beliau banyak mendengar kisah golongan ibu tunggal yang penuh cabaran dalam meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak setelah ketiadaan suami seperti yang sering dipaparkan media.

"Saya amat tersentuh dengan situasi seperti ini, dari itu datanglah idea untuk melaksanakan satu projek di mana hasilnya kelak akan diagih-agihkan kepada mana-mana persatuan yang memerlukan.

"Ekoran dari itu saya telah meminta syarikat Iris Corporation Berhad untuk menanam 'rock melon' di kawasan Seri Perdana. Projek ini telah dimulakan tahun lalu dan alhamdulillah kini ia membuahkan hasil dengan pendapatan pertama berjumlah RM600,000," katanya pada majlis penyampaian sumbangan itu di Seri Perdana di Putrajaya.

Rosmah berkata projek itu akan diteruskan pada masa akan datang, namun hasilnya akan disumbangkan kepada persatuan-persatuan lain.

Dalam pada itu Rosmah berkata hak ibu tunggal di negara ini perlu diberi perhatian serius, dan mereka harus dapat menikmati hak asasi yang sewajarnya agar haknya dapat dicapai dan dilindungi secara menyeluruh dan bersistematik.

Beliau berkata setiap persatuan ibu tunggal juga perlu bergiat lebih aktif dan proaktif dengan menganjurkan program-program yang membantu mereka menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran.

"Hakikatnya ibu tunggal kini tidak lagi boleh dipinggir dan terpinggir atau hanya menjadi penerima manfaat daripada hasil pembangunan, sebaliknya mereka harus turut terlibat dengan lebih aktif sebagai ejen perubahan kerana saya percaya mereka adalah kaum wanita yang merupakan tiang utama kepada pembangunan dan perubahan.

"Bagi memastikan golongan ini terus relevan dalam arus pembangunan, saya menyeru supaya para ibu sekalian supaya tidak berhenti berusaha meningkatkan kemampuan diri agar menjadi golongan yang lebih berpengetahuan, berkemahiran dan
inovatif," katanya.

Rosmah turut menyeru semua pihak dan agensi yang berkaitan serta sektor swasta supaya mengambil inisiatif serta langkah-langkah yang lebih pantas dalam meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan seperti memperkenalkan konsep bekerja dari rumah dan menubuhkan lebih banyak pusat asuhan kanak-kanak di setiap organisasi.

- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails