BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, March 24, 2011

aduuhhhhhh..apa nak jadi.....siap buat PC..si tokeh video Lucah..

HAIRAN ADA PELIK ADA,AJAIB PUN ADA...SIAP BUAT PC SITAUKEH VIDEO LUCAH...ini yang diambil statement sipenonton yang dijemput khas..aduoooh aduooh sakit kepala aku....harubirunya keselamatan negara 1malaysia aku ni...

Video seks: Editor, wartawan beri keterangan
Sekurang-kurangnya tiga editor kanan dan beberapa wartawan dipanggil oleh polis bagi membantu siasatan berhubung tayangan video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis juga melawat pejabat Malaysiakini pagi semalam bagi mencari wartawan, Hazlan Zakaria yang dijemput menyaksikan tayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara, Isnin lalu.

Bagaimanapun, oleh kerana wartawan berkenaan tidak berada di pejabat kerana tugasan, pegawai penyiasat kes tersebut menghubunginya melalui SMS bagi menetapkan temujanji.

“Salam En Hazlan, saya ASP Sabri daripada IPD Dang Wangi - boleh telefon saya nanti untuk buat temujanji sebab saya hendak ambil statement berhubung tayangan video di Carcosa Seri Negara. Terima kasih,” kata pegawai itu menerusi SMS.Temu janji kemudiannya ditetapkan pada jam 11 pagi ini.

Sebelum itu, lewat petang semalam, Bernama melaporkan beberapa editor dan wartawan kanan daripada The Malay Mail, New Straits Times and the Star telah memberikan kenyataan mereka di balai polis di Kuala Lumpur.

Isnin lalu, beberapa wartawan dan editor kanan dijemput ke hotel mewah, Carcosa Seri Negara dan disajikan dengan tayangan pasangan mengadakan hubungan seks.

Pelbagai pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip dengan Anwar.

Bagaiamanapun permimpin PKR, termasuk Anwar sendiri menafikan tuduhan berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails