Pegawai MACC nafi campak keluar Teoh
KUALA LUMPUR, 16 Mac — Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan beliau telah mencampak keluar Teoh Beng Hock dari Plaza Masalam dua tahun lalu selepas dia disoal siasat semalaman.
Ketua unit siasatan SPRM Selangor Hairul Ilham Hamzah memberitahu Suruhanjaya Diraja Siasatan bahawa dia bukan pembunuh meskipun panik selepas mendengar kematian Teoh.
“Adakah anda membuat apa-apa kesalahan seperti mencampak dia keluar dari tingkap?” soal pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong hari ini.
“Saya tidak melakukan itu,” kata Hairul dengan mengangguk kepalanya.
“Kami panik... ini kali pertama saksi kami mati. Saya tidak tahu apa yang perlu lakukan,” tambahnya.
Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat satu malam di tingkat 14 premis itu.
Pejabat SPRM terletak di tingkat 14.
No comments:
Post a Comment