BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, March 14, 2011

Yaaaaletu....

Inspektor bebas 6 tuduhan rasuah

KOTA BHARU - Seorang pegawai polis lelaki berpangkat Inspektor dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam daripada enam tuduhan rasuah yang membabitkan wang berjumlah RM22,000 yang didakwa dilakukannya pada Julai 2006.

Hakim Zainal L. Salleh mengarahkan Emie Riza Ismail, 34, dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan keterangan yang ada tidak memadai untuk membuktikan keenam-enam pertuduhan.

Emie Riza didakwa meminta suapan berjumlah RM6,000 daripada Mohd. Rapi Mat Zain di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok sebagai dorongan untuk melepaskan Mohd. Rapi, Mohd. Ali Mat Zain, Mohd. Qaurul Aswadi Mohd. Zain dan Bahari Ahmad.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails