BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, March 21, 2011

Mana Pihak keselamatan ...Join bersama ke..?

sejak bila dibenarkan tayang video Lucah kepada umum ..tambahan lagi disebuah hotel..sejak bila..dah ada permit khas dikeluarkanke atau ada Lesen khas..boleh rakyat mohon..untung..bestni..bisnes mesti maju punya..

Video seks pemimpin PR didedah?


Posted by admin on March 21st, 2011

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali yang dipercayai bukan rakyat negara ini atau pelacur asing telah didedahkan kepada pihak media pagi ini. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Gambar: Footage rakaman yang berjaya ‘diseludup’ keluar?

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Klip berkenaan didakwa menunjukkan seorang ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan direkod pada 21 Februari di sebuah hotel di ibu negara. Rakaman selama 30 minit ini dijangkakan memberi tekanan kepada PR kerana akan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak ke-10.

Rakaman yang ditunjukkan hari ini ditunjukkan oleh seorang individu yang mahukan dirinya dikenali sebagai Datuk T.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007 .

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, “maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik.”

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Gambar atas: Para wartawan menunggu untuk masuk menonton video berkenaan.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu – tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.

1 comment:

budakbalun said...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails