BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, September 30, 2011

Setakat ini di1malaysia .Isteri Rogol Suami dah cukup famous..tapi yang ini fesyen baru.

KALAU SETAKAT ISTERI ROGOL SUAMI DAN MANGLI DI1MALAYSIA,TAPI SELALUNYA MEDIA 3/4 SUKU JADIKAN ITU BERITA HEBAT..DLM KES INI YANG TERBARU..SUAMI PULAK ROGOL ISTERI...ADOOOI..tapi apa pun Tuan Tuan Hakim 1Malaysia hebat dlm kes kes sebegini...dah tentu akan dapat pengadilan yang saksama.?????khik khuik

Suami ikat, perkosa isteri degil

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
hmetro.com.my

AMPANG: Akibat enggan mendengar cakap suami, seorang isteri diheret masuk ke dalam bilik di rumahnya di Pandan Indah, di sini, sebelum suaminya memaksa melakukan hubungan seks.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun diperlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.

Suami mangsa yang berusia 29 tahun tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suaminya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.


Menurut sumber, kejadian itu bermula selepas suami mangsa melihat isterinya itu bersiap untuk pergi menghadiri jamuan makan malam anjuran pejabatnya.


“Bagaimanapun, suami mangsa hairan apabila melihat mangsa bersiap seolah-olah mahu keluar menyebabkan dia bertanyakan ke mana isterinya hendak pergi.

SEKOLAH 1MALAYSIA YG DIUPGRADE KETAHAP MENTALITI UMNOBN.

undang undang atau syarat syarat Khas dari siapa..?

5 murid Tahun Enam ditegah ambil UPSR
Oleh Safuri Kamarudin
b.haruan.com.my
2011/09/29

LIMA murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, (dari kiri) Mohd Zulidham, Mohd Fazli, Mohd Hakim, Mohd Zulhilmi  dan Mohd Zulfikar sedih selepas  mereka dilarang menduduki UPSR baru baru ini.
LIMA murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, (dari kiri) Mohd Zulidham, Mohd Fazli, Mohd Hakim, Mohd Zulhilmi dan Mohd Zulfikar sedih selepas mereka dilarang menduduki UPSR baru baru ini.
Dilarang ke sekolah pada 13 hingga 15 September kerana dianggap bodoh

BALING: Lima murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira, dekat sini, mengalami nasib sama seperti yang berlaku ke atas tiga murid sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini apabila dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan ini.
Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.
Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.

Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.

Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.

Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.
“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi.

“Anak saya turut mengalami tekanan perasaan dan sering murung apabila pihak sekolah terbabit tidak membenarkan dia mengambil peperiksaan itu,” katanya di sini sambil mendakwa beliau tidak tahu apa sepatutnya dilakukan apabila dimaklumkan perkara itu oleh anaknya sehinggalah mengambil keputusan untuk melaporkan kepada media bersama ibu bapa murid lain yang terbabit, semalam.

Seorang lagi waris, Raziah Yahya, 50, berkata beliau dikunjungi seorang guru sekolah berkenaan dan memaklumkan anaknya, Mohd Zulhilmi tidak perlu ke sekolah ketika UPSR itu berlangsung.

“Guru terbabit mendakwa jika anak saya mengambil peperiksaan itu, dia akan mendapat keputusan `E' sehingga menjejaskan peratus kelulusan sekolah.

“Dia juga mendakwa anak saya bodoh tidak boleh membaca, sedangkan Mohd Zulhilmi hanya lembam tetapi boleh membaca.

“Saya kasihan melihat sikapnya yang sering termenung dan mengasingkan diri sejak beberapa hari lalu, mungkin kerana malu dengan rakannya yang lain,” katanya.

Norziah Wateh, 42, ibu kepada Mohd Zulfikar pula berkata, anaknya itu menangis ketika pulang ke rumah selepas diarahkan guru supaya tidak datang ke sekolah mengambil peperiksaan itu.

“Dia amat sedih kerana cikgu mengatakan dia bodoh, selain diejek rakan sekelas,” katanya.

Mereka bagaimanapun belum membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dengan merujuknya kepada guru besar sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Saya masih menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu dan akan menyiasat dakwaan itu dengan telus,” katanya.

Pada 20 September lalu, akhbar melaporkan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Amnooooo.dah Terdesak,,musuh pun tak kenai...

khuik khuik khukk..ini jadinya bila dah Geng Geng merong terdesak sampai "TERLAMPAU"musuh dalam seluar dalam dia pun dia taknampak..hi hi hi...
Malam tadi selepas ceramah OTW balik ....tetiba dapat satu panggilan dari "No Peribadi"yang saya taktahu siapa pemanggilnya...
bunyinya +-:...SALAM TUAN.DENGAR INI MAKLUMAT..KAMI DIARAHKAN UTK MEMASANG BANNER UNSUR FITNAH MERATA TEMPAT YANG BERTAJUK:"DAP GANTI PAS"Tapi apa halpun biarkan kami Pasang selepas itu tuan turunkan..sebab kosnya boleh tahan satu RM200..tuan ..cari makan..ok tuan assalamualikum.
SAYA TAK SEMPAT NAK TANYA APAPUN KAT PEMANGGIL ITU...sooo kalau SIAPA SAHAJA ANDA ITU SAYA DAHULUKAN UCAPAN TERIMAKASIH BANYAK BANYAK KHAS DARI SAYA DAN SECARA UMUMNYA DARI PAS.....
saya selepas itu sebarkan maklumat kepada seluruh Petugas..dan saya sendiri berjaya turunkan satu banner yang dipasang berhadapan Ofis YB..dan bakar ajele..nak simpan buat apa..kalau Utusan Meloya boleh juga buat lap lap kencing anak atau Punggok..ini..'"DAH TERDESAK SANGAT LE TU"


Thursday, September 29, 2011

Mat sabu>>>TERBONGKAR LAGI....kali ini lebih Hebat

lpahangdaily@yahoo.com
BONGKAR LAGI....KALI INI WARIS INDIVIDU YANG MENANGKAP "MAT INDERA"..
kalau macam ini..semua sejarah perlu didedahkan oleh PR..lebih baik UMNOBN turun menjadi pencacai dan PR dijadikan kerajaan...tapi selepas ini puak puak "GEROMBOLAN UMNOBN"akan berduyung duyung macam katak termasuk media 3/4 akan jadikan modal canang merata pelusuk...
Thursday, September 29, 2011

Bongkar: 'Waris' Individu Yang Telah Menangkap Mat Indera 'Di Batu Pahat Pada Tahun 1952' Dulu, Merayu Perhatian Dan Pembelaan Dari Kerajaan!

KUANTAN, 29 Sept - Salah seorang anak kepada individu yang telah berjaya menangkap "Mat Indera" hari ini tampil mendedahkan kisah sebenar insiden tersebut. Biar pun kini isu Hudud telah menenggelamkan isu kontoversi ini namun ada rahsia besar yang tidak pernah didedahkan kepada media sebelum ini telah berjaya dibongkarkan. Ramai yang tahu mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, terutamanya dalam kes "Tragedi Bukit Kepong" itu.Umum mengetahui bahawa Mat Indera mati digantung oleh British di di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Persoalannya, ramai yang tidak pernah tahu siapakah individu yang telah berjaya menangkap Mat Indera itu. Saparun Sibon, 46, (foto) mendakwa arwah bapanya iaitu Che'Sibon @ Tukyo bin Ahmad adalah individu yang bertanggungjawab menangkap Mat Indera selepas berlakunya "Tragedi Bukit Kepong" dulu. Menurut Saparun, bapanya ketika itu merupakan "Home Guard" yang telah diupah oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera. Tangkapan telah berjaya dilakukan pada 14 Oktober 1952 di Kampung Parit Warijo, Sri Medan Baru Pahat Johor. Atas kejayaan tersebut, ayahnya juga telah dianugerah sijil serta pingat oleh Pesuruhjaya British di Tanah Melayu ketika itu iaitu Janeral Sir Gerald Templer. Malah katanya, selain dari sijil dan pingat terbabit ayahnya juga telah dihadiahkan wang tunai oleh kerajaan British atas kejayaan tersebut. Segala dokumen dan bukti berkaitan telah ditunjukkan bagi mengukuhkan lagi dakwaan beliau ini. Menurutnya, kisah ayahnya itu selema ini tersimpan dalam lipatan sejarah dan langsung tidak diambil perhatian oleh sesiapa pun sehinggalah isu "Mat Indera" itu timbul bila media yang mengaitkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu menyokong "komunis" dalan peristiwa Bukit Kepong yang hangat diperkatakan baru-baru ini.


Bukti kad pengenalan dan surat penghargaan tertera nama Mat Indera
Ini bukti surat penghargaan diterimanya dari Pesuruhjaya Tinggi British

Inilah wajah Mat Indera selepas beliau ditangkap oleh arwah bapanya dulu


Beliau juga mendedahkan arwah ayah dan ibunya telah mengikut arahan pihak atasan untuk menyamar sebagai "tukang masak dan orang suruhan" sehinggalah betul-betul dipercayai oleh Mat Indera. "Arwah ayah saya telah membuat kopi bercampur daun kecubung untuk diberi minum kepada kumpulan komunis dibawah pimpinan Mat Indera pada ketika itu. Sehinggalah semuanya pengsan dan pada masa itu jugalah arwah orang tua saya mengambil tangkal yang ada pada Mat Indera sehinggalah dia tersedar dan tidak boleh menghilangkan diri lagi. Tangkal yang ada pada dirinya telah diambil oleh arwah orang tua saya dan pada masa itu arwah orang tua saya membawa beberapa orang kawan-kawannya untuk menangkap dan mengikat Mat Indera serta kuncu-kuncunya dan diserahkan kepada pihak Kerajaan British di Johor Bahru", kata beliau lagi.

Waris Mohon Kerajaan Mengenang Jasa Bapanya

Menurut beliau lagi, dengan tertangkapnya Mat Indera ketika itu, pihak Kerajaan British telah memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM75,000 atas jasa arwah bapanya. "Duit tersebut telah dibahagikan sama rata kepada kesemua anak buah dia dan selepas itu dianugerahkan sijil penghargaan berupa Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada zaman British tapi pingat tu entah hilang ke mana .... sijil yang diserahkan oleh The High Commissioner British iaitu Jeneral Sir Gerald Tampler", katanya. Saparun mendakwa selepas merdeka bapanya telah berhijrah keluar dari Johor. "Arwah orang tua saya ni ambil keputusan untuk berhijrah keluar daripada Johor memandangkan pada ketika itu maklumlah terlampau bermacam-macam dia dengar cerita", tambah beliau lagi. Bapanya kemudian telah meninggal dunia dalam usia 73 tahun di negeri orang. Beliau juga mengakui bapanya tidak pernah mendapat apa-apa imbuhan atau kenang jasa daripada pemerintah Kerajaan Malaysia. "Sehingga beliau meninggal dunia pun tidak pernah ada yang mengenang jasa beliau, sehinggalah sekarang ni saya sebagai pewaris utama beliau merayu pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak yang berkenaan untuk menghulurkan sumbangan memandangkan isu ini timbul dan sedang hangat diperkatakan", tambahnya lagi.



Dap No Hal..kita tunggu apa kata UMNO>>>>

khak kahak..akhirnya UMNO masuk dalam perangkap sendiri..pandai koorang layan dan hembus kearah DAP..nak sekarang apa Kata koorang...?

Hudud: Nik Aziz ‘bersyukur’ pendirian Pakatan Rakyat

September 29, 2011


KUALA LUMPUR, 29 Sept — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menerima baik dan bersyukur dengan keputusan dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu hukum hudud malam tadi.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau menerima baik pendirian perikatan tersebut yang menghormati hasrat kerajaan negeri dalam isu berkenaan hukum hudud.

“Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat-sangat kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan,” kata beliau sambil menambah, pelaksanaan undang-undang itu tidak akan memberi kesan ke atas masyarakat bukan Islam.

Malangnya kata beliau (gambar), undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan buat masa sekarang sebab kerajaan pusat, didukung oleh Umno, “menghalang kami daripada berbuat demikian.”

Malam tadi, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

“Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

“Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

“Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah,” kata mereka.

Selain itu, kata mereka, mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi ini.

Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

Khamis lalu, Nik Aziz yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 berkata, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Sehari selepas kenyataan Karpal itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula memberi kata dua bahawa keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Nik Aziz bertegas hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya yang turut berpendirian bahawa hukum hudud akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Isnin lalu, komponen Pakatan Rakyat sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga satu mesyuarat, yang diadakan semalam.

Warna Kuning ke Otak Kuning..

Gara gara warna "kuning"ramai kakitangan Pengamal undang undang dan Penguatkuasa..dipercayai diserang penyakit Misteri"OTaK KUNING"....HI HI HI Kan itu natijahnya bila tak mau dengar pesanan org tua tua...bekerja,bertugas dengan ikhalas kerana ALLAHTAALA dan bukannya kerana "UMNO PETUALANG"..EMMM SEkarang siapa yg susah diri sendiri juga merana....nasib koorangle labuuuu

Dakwa miliki baju BERSIH 'tuduhan mengarut', kata peguam
Seorang peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata tuduhan yang dijalankan ke atas beliau sebelum ini merupakan satu "tindakan mengarut" kerana pendakwaan adalah atas kesalahan memiliki baju-T yang mempunyai logo BERSIH. Katanya, pendakwaan itu mengarut kerana beliau tidak berniat untuk mengancam keselamatan negara apabila beliau memakai baju-T berkenaan sebelum ditahan di Markas PAS Kampung Mentara, Rompin pada 2 Julai lalu. Selain Mohd Fadzli, 33, turut ditahan dalam malam kejadian itu ialah seorang peniaga, Abdul Manaf Md Hassan, 41 kerana memakai baju-T yang tertera tulisan 'BERSIH2.0, menuntut pilihan raya bersih dan adil.' Kedua-dua lelaki itu didakwa keesokan harinya di Mahkamah Sesyen Kuantan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan mahkamah turut membenarkan kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. Hakim, Fathiyah Idris bagaimanapun melepaskan tanpa membebaskan Mohd Fadzli dan juga Abdul Manaf daripada tuduhan berkenaan hari ini. Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini. "Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak susahkan rakyat yang tuntut pilihan raya bersih dan adil," katanya lagi. "Kita sedang menimbang sama ada akan ambil tindakan. Kita sedang fikir sama ada hendak failkan saman (ke atas kerajaan)," katanya yang juga timbalan pengarah PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman. Pendakwaan dilakukan ketua unit pendakwaan negeri Pahang, Kalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hon Kai Ping dan Hisham Ramzam.

Jangan Biarkan diri anda...sebegini lagi.....

UBAH UBAH UBAH....>>>Berubahlah anda sebelum anda diperlakukan begini..cukup cukup jangan biarkan diri kita diperlakukan lagi sebegini...Akan tiba masa yang paling sesuai untuk diri anda berubah tidak lama lagi...."SIMBOLIK"...Maksud tersirat..masing masing selaminya..

Wednesday, September 28, 2011

Naik taraf le 1Malaysia...?macam filem Holywood

Yang disana" HOLLYWOOD" yang disini....?.."AKTAWOODS KE..?kena rujuk dulu Pimpinan UMNO.....sama masa dengan Isu ISA dimansuhkan..apa pulak akta yg terbaru akan diperkenalkan..?"AKTA PENGGANAS ke..?hi hi hi...
Kompleks di Subang Jaya meletup, empat cedera
Empat orang, termasuk dua pengawal keselamatan, cedera ringan dalam satu kejadian letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery, Subang Jaya jam 3.45 awal pagi tadi.

NONELetupan itu menyebabkan keseluruhan aras bawah kompleks membeli-belah itu mengalami kerosakan teruk, antaranya cermin pecah, dinding bangunan pecah dan lantai retak serta beberapa buah kereta didapati remuk.

Beberapa laluan jalan raya menghubungkan kompleks membeli-belah itu ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa.

Penghuni apartmen berhampiran dilihat berkumpul di luar perkarangan kompleks membeli-belah dan diarahkan anggota pihak berkuasa mengosongkan kediaman buat sementara waktu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

NONEKejadian itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis, termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata, beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.

Setakat ini punca kejadian belum diketahui.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Osman Abdullah berkata jentera bomba pertama sampai kira-kira jam 3.50 pagi.

NONEMenurutnya, setelah sampai dilokasi, berlaku kebakaran di bahagian hadapan melibatkan saluran gas yang dipercayai berpunca dari letupan yang kuat.

"Kami menerima laporan daripada pengawal keselamatan bangunan, terdapat dua orang mangsa pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian aras bawah (basement) mengalami cedera ringan.

"Manakala dua orang awam berjaya diselamatkan dan mengalami cedera ringan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans," katanya.

NONESementara itu, menurut Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Subang, ACP Zainal Rashid Abu Bakar, berkata punca kejadian masih disiasat dan laporan terkini akan dikeluarkan pasukan bomba serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Beliau berkata, letupan di bahagian bawah bangunan itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.

"Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi rakyat tempatan.

"Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

NONEMenurut saksi, Daryl Chua, 27, (kanan) ketika kejadian berlaku, dia bersama teman wanitanya sedang menuju ke mesin bayaran tiket letak kereta.

Ketika sampai di mesin tersebut, katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi 'letupan' dan terus rebah ke lantai.

"Saya terpaksa memapah teman wanita saya yang longlai dan tidak berdaya, keluar dari kompleks membeli-belah tersebut, kira-kira tiga minit selepas kejadian berlaku," katanya ketika menceritakan detik cemas itu.

Pada masa yang sama, dia ternampak beberapa orang awam dan pengawal keselamatan bertempiaran lari menyelamatkan diri

"Nasib baik saya dan teman wanita tidak cedera serius, saya hanya luka kecil di tangan manakala kereta rosak teruk," katanya.

MAT SABU...Terlepas Pandang...

Mat sabu terlepas pandang..3sekawan Bekas Komando...Sdr Ishak Hassan sahabat beliau suhaimi Azizi dan Yusof...Berhenti kerja dari ATM malaysia pada tahun 1990 dengan pangkat Lance Koperal,Komando Ishak bersama kawan kawan beliau mulakan cita cita mereka dengan meneroka sebidang tanah di Brinchang cameron Highland dengan mendirikan sebuah rumah sebagai asas untuk teruskan cita cita mereka dalam meneroka dan mengembangkan tanah tersebut dengan duit hasil simpanan mereka sebanyak rm6k...akhirnya menemui hasil seperti biasa....arahan mengejut dari Pihak berkuasa daerah dengan alasan tanah itu telah diberi hakmilik pada org org yang berkuasa..akhirnya cita cita mereka terkambus ditanah itu.

Kalau le kes ini di sambut oleh abg Mat sabu..dah lama dah si3sekawan ini akan mengalami perubahan drastik..berbagai sumbangan dan pingat akan memenuhi diri mereka...UMNo dan Perkasa akan berebut hulurkan kasut dan tanah buat diri mereka dan anak beranak mereka...



keratan Akhbar Utusan Meloya:Jumaat 29januari 1993
ISHAK ..SUAMI ISTERI DAN ANAK BONGSU MEREKA.
anak:6../5 dari nya masih berSekolah dan tingkatan tertinggi anak sulung beliau adalah T4..

tangan kiri beliau cedera parah (jerangkap samar)sewaktu operasi 1986 utk menghapuskan kehemah musuh.

'INI SEBENARNYA NASIB ANAK BANGSA YANG BERBANGSA MELAYU ISLAM DIBAWAH PEMERENTAHAN UMNOBN..UNTUK LEBIH JELAS DAN DETAIL SILA TENGOK & DENGAR VIDEO DiBAWAH YANG saya uploadkan tanpa sebarang edit atau diubahsuai..kecuali formatnya sahaja...
video tanpa disunting..
Bhg 1::


Bahagian 2...

Tuesday, September 27, 2011

Berlaku dimana mana pun...

YANG SEBENARNYA BUKAN KESELAMATAN DIUTAMAKAN..TAPI YURAN ATAU BAYARAN YG DIUTAMAKAN..SEBAB DUNIA MALAYSIA SEKARANG SEMUA DAH JADI DUNIA PERNIAGAAN...NYAWA,MARUAH,KUASA ,PUNGGOK,KESIHATAN RAKYAT DAN SEGALA GALANYA DIMALAYSIA DIOLAH KEARAH UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN TIADA YG FREE DIALAM MALAYSIA INI....SOOOO KITA KENA PANDAI DAN CEKAP ATASI MASALAH INI.."KALAU RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN DALM SOAL SOAL INI...NO1 UBAHKAN KERA...JAAN YANG DOK ADA INI,,,I'ALLAH...AKAN LIHAT PERUBAHAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT,,

Hilang RM30,000 semasa bercuti


SITI NORDARMA menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan barangannya di LWOT di Kepala Batas semalam.


KEPALA BATAS – Pihak pengurusan pusat rekreasi Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak perlu bertanggungjawab di atas kehilangan barangan bernilai hampir RM30,000 yang disimpan di dalam laci pusat tersebut oleh seorang pengunjung, Siti Nordarma Ab. Rahman, 29, ketika bercuti di sana baru-baru ini.

Siti Nordarma yang berkunjung ke sana bersama keluarganya buat pertama kali pada 16 September lalu sempena cuti Hari Malaysia berkata, dia memberi tempoh satu bulan kepada pihak LWOT untuk menyelesaikan masalah kehilangan barangan tersebut.

“Apa yang saya kesalkan ialah pihak LWOT seolah-olah ambil mudah ketika saya membuat aduan,” katanya.

Menurut Siti Nordarma, dia dan suaminya, Mohd. Kamarul Bahrin Baharudin, 26, bersama dua anaknya tiba di LWOT kira-kira pukul 1.30 petang dan terus menyewa sebuah laci pada kadar RM10 untuk menyimpan barangan setelah membeli tiket masuk.

“Sebelum meninggalkan laci tersebut untuk pergi mandi-manda di kolam, saya telah memeriksa beberapa kali bagi memastikan ia benar-benar berkunci.

“Setelah selesai mandi-manda, saya pergi semula ke laci tersebut tetapi terkejut apabila mendapati kesemua barangan yang disimpan di dalamnya telah hilang,” ceritanya.

Mati..Hidup semula...mesti Jamal abdillah terkenang lagunya..

Hidup semula selepas dimasukkan dalam beg mayat

RIO DE JANEIRO - Seorang wanita yang berusia 60-an yang dirawat kerana sakit pneumonia dihantar terlalu cepat ke rumah mayat selepas diisytiharkan mati oleh seorang doktor, lapor akhbar Globo kelmarin.

Doktor tidak dapat mengesan sebarang tanda-tanda penting, melakukan ujian dan mengesahkan dia mati.

Dia kemudian dihantar ke bilik mayat dan berada selama dua jam di dalam beg plastik.

"Saya datang untuk memberikan ibu saya satu pelukan terakhir dan ketika itu saya berasa ibu saya masih bernafas. Saya menjerit mengatakan ibu saya masih hidup tetapi petugas di situ melihat seperti saya orang gila," kata anak perempuan wanita berkenaan, Rosangela Celestrino.

Pegawai-pegawai hospital yang menjalankan ujian dan mendapati Rosa Celestrino de Assis mengalami dua strok dan memerlukan bantuan pernafasan.

Pada pukul 7.30 malam waktu tempatan pada hari Jumaat, seorang jururawat menghubungi seorang doktor kerana wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda penting akan hidup. Doktor kemudian mengesahkan kematiannya dan mayatnya dihantar ke rumah mayat.

Pengarah hospital, Manoel Moreira Filho menyatakan kesilapan tersebut dikesan pada pukul 10 malam dan wanita tersebut segera diberikan rawatan bantuan pernafasan. - AFP

Monday, September 26, 2011

Lagi Lagi POLIS "SAMSENG"..apa nak jadii

Tegur polis buang sampah, pekerja dakwa dipukul
Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.

"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini.

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.

"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.

Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.

"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.

"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

4tahil tak mau jadi sekati ke..?apa macam saman lee

Palsu bukti: Gani dicabar saman pihak kaitkan beliau | Print |
Majdan Dagang

KUALA LUMPUR, 26 Sept: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dicabar menyaman pihak yang mengaitkan beliau dengan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tindakan ini penting bagi membersihkan nama baik institusi kehakiman dan keluhuran perlembagaan negara ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini.

Gesaan itu dibuat apabila baru-baru ini bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mendakwa Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan terbabit pemalsuan bukti tersebut.

Sebelum surat terbuka daripada bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu, telah wujud dakwaan-dakwaan tentang salah laku dan peranan Peguam Negara dalam kes Anwar oleh para blogger, namun isu itu didiamkan sahaja.

Mahfuz juga menggesa supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Gani kerana dakwaan itu menggugat kredibiliti institusi kehakiman dan penyiasatan negara ini.

“Selain itu, turut terdapat dakwaan daripada blogger tentang penglibatan Gani Patail dalam kes rasuah dan peranannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Kegagalan Gani Patail menangani isu ini menyebabkan timbul pelbagai tafsiran yang mencemarkan Jabatan Kehakiman,” ujar Mahfuz.

Menurut Mahfuz lagi, jika Gani terus mendiamkan diri, beliau yang juga ahli Parlimen Pokok Sena akan menggerakkan usaha menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong agar suatu Suruhanjaya Diraja dibentuk.

Jamuan Raya Dun Changkat Jering

Sunday, September 25, 2011

SAMA tapi TAK SERUPA....

DIZAMBIA TUKAN SAPU MENJADI PRESIDEN TAPI MALANG DI1MALAYSIA..TUKANG PEMBERI PENYAPU JATUH TERSEMPUK...hi hi hi siapa orang nya..?

Bekas tukang sapu jadi Presiden Zambia



























MICHAEL SATA (kanan) menyanyikan lagu kebangsaan Zambia selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia yang kelima kelmarin. - AFP


LUSAKA, Zambia - Seorang bekas tukang sapu di stesen kereta api Victoria, London dipilih sebagai Presiden Zambia yang baharu.

Berikrar mahu "menyapu Zambia menjadi lebih bersih", Michael Sata yang menerajui parti Barisan Patriotik, mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia Khamis lalu setelah partinya memperoleh kemenangan tipis dalam pilihan raya baru-baru ini.

Berusia 74 tahun dan mempunyai lapan orang anak, Sata giat menentang pengaruh China yang semakin meluas di negara berkenaan.

Zambia yang dikelilingi lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Tanzania, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan Angola adalah pengeluar tembaga terbesar di dunia selain kaya dengan galian lain.

Sata, 74, menuduh pemerintah terdahulu, Presiden Rupiah Banda yang mentadbir Zambia selama 20 tahun sebagai terlalu berlembut dalam menangani gejala rasuah.

Tidak mahu mengulangi kesilapan sama, beliau berikrar akan berkongsi kekayaan hasil mineral negara itu dengan rakyat secara lebih adil dan telus.

"Zambia tidak boleh lagi mundur ke belakang. Kita semua mesti bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa," katanya.

Digelar Tedung Selar kerana ucapan berbisanya yang sukar ditepis pihak lawan, Sata lahir di Zambia ketika negara itu masih bergelar koloni British bernama Rhodesia Utara.

Pada tahun 1950-an, beliau berhijrah ke London sebelum diambil bekerja sebagai tukang sapu dan porter oleh syarikat kereta api Britain, British Rail.

Sata kemudian belajar separuh masa untuk mengubah nasibnya. Beliau juga pernah bekerja di sebuah kilang pemasangan kereta di Britain sebelum kembali ke Zambia.

Sata kemudian menyertai pasukan polis negara itu.

Semasa berkempen, Sata pernah bersumpah bahawa beliau tidak akan minum air minuman yang dibotolkan sehingga semua rakyat Zambia mendapat bekalan air bersih.

Walaupun kaya dengan pelbagai hasil Bumi, negara di selatan Afrika itu masih dikategorikan sebagai mundur.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 70 peratus daripada 13 juta rakyat Zambia hidup dalam kemiskinan dengan purata gaji tahunan di negara itu cuma £255 (RM1,250). - Agensi

Kastam tak mampu menjadi Raja DiMalaysia...!

kesiannya..ingatkan Kastam dan kakitangan kerjaan lain umpama Raja diMalaysia..rupanya idak..cuma setakat INI Polis sahaja digelar Raja..Kenapa..?adakah kerana mereka terlebih Kuasa atau mereka sama naik dengan Pimpinan Geng Jahat..?

KP Kastam: Video seks kait kes Sarbaini perbuatan ‘kejam’

September 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Sept ─ Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf menyelar tindakan blog-blog pro-Umno mengeluarkan video seks, didakwa melibatkan pegawai agensi itu, sambil menyifatkannya sebagai perbuatan kejam kerana sanggup mengaitkan dengan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed.

Dalam respons menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider, Khalid berkata tiada bukti yang boleh mengaitkan pelaku dalam video seks itu adalah pegawai agensi tersebut seperti yang didakwa blog The Unspinners.

“Walaupun blog itu memaparkan dengan jelas perlakuan seks, namun setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai siapakah sebenarnya pelaku terlibat, justeru tidak boleh dikatakan secara konklusif ia melibatkan warga Kastam,” kata beliau.

Malah kata beliau, “mengaitkan pelakuan seks tersebut dengan kes Sarbaini yang saya tidak nampak pertaliannya adalah perbuatan kejam dan tidak bertangungjawab jika bertujuan untuk mengaibkan orang yang telah kembali ke rahmatullah.”

Pertengahan minggu lalu, beberapa blog pro-Umno mengeluarkan video seks yang dilihat sebagai usaha mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues Sarbaini, yang akan diumumkan esok.

Klip video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel.

Blog The Unspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai Kastam manakala wanita itu pula pelacur warga Rusia.

Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul “Pegawai Kastam Yang Terlampau,” dengan kematian seorang pegawai Kastam di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Pemblog itu berpendirian selari dengan pendirian SPRM dan peguamnya Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah ketika prosiding berkenaan punca kematian Sarbaini.

Pada 12 September lalu, Shafee berkata keputusan inkues berhubung kematian Sarbaini, Penolong Pengarah Kastam Selangor, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tambah Khalid, sepatutnya pihak yang mempunyai bukti penglibatan pegawai Kastam dalam pelakuan seks membuat laporan polis dan bukan mendedahkan kepada umum.

“Jika seseorang mempunyai bukti kukuh mengenai pelakuan warga Kastam lebih sesuai jika dibuat laporan polis dan bertanggungjawab ke atas laporan tersebut,” katanya.

Pati..Perampas...Rupanya Ketua Cawangan UMNO

HEBAT BETOLLLL..DARI PATI(pENDATANG tANPA iZIN)..TERUS MENJADI kETUA cAWANGAN umno..SEKARANG JADI pENGACAU..SAMPAI SURAU PUN DIA RAMPAS..?Benarke cerita ini..?takde siasatan ke..?



Memang Haram jadah PUNYA Perkasa...awassss

JANGAN DISANGKA..LUBUK YG TENANG TAKDE YANG MENYENGAT..cuma Perbezaan Perangai diantara siCILAKO Perkasa dan Penyokong Pas yang menghalang kamu semua dilenyek..tapi"KESABARAN ADA BATASNYA"wahai cilako Punya Perkasa...
Langit bukan selalu Mendung dan bukan nya Langit yang cerah tak Muntahkan Hujan...TAPI YANG SEDIHNYA KENAPA POLIS TURUT MENJADI KERBAU DICUCUK HIDUNG...TAKKAN TAKLEH HALANG PERGADUHAN ITU atau memang diset supaya ujudkan kegusaran dan kekacauan..?
Ceramah: Penyokong PAS, PERKASA bergaduh
Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanAcara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mohd Sabu ceramah at SerembanMereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

Guy injured during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.

Bukan anti-PAS

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

NONEKami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui,” katanya.

DSNIZAR:Majlis meraikan Bakal Jemaah Haji.Peringkat Kaw Bkt Gantang

" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "


25 hb September.Ahad..Jam 930.Majlis anjuran Pas Kawasan bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen.Bacaan yassin.doa selamat dan sumbangan kepada Jemaah haji sekitar Parlimen Bukit Gantang..43 dari 79 Jemaah haji yang dikenal pasti hadir bersama dalam Majlis tersebut.Majlis bacaan Yassin dan doa diKetuai Mantan KetuaUlamak Ust Basiron bin Lat dan Tazkirah disampaikan oleh YDP Pas KawasanUst Nordin Jaafar dan Yang Berhormat DSNizar..
''22:27. Dan serulah manusia
kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas
tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang
dalam,
22:28. Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada
manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui
pada haiwan ternakan yang
Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya,
dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."











..selepas ini Jamuan Raya..Peringkat Dun Changkat Jering....>>>>

Friday, September 23, 2011

Konfirm Polis Malaysia bertukar jadi POLIS UMNOBN..

apakah jadahnya siKP ini..kan dia makan gaji duit Rakyat bukannya duit UMNOBN..kalau dah gatai punggok nak berpolitik letak jawatan masuk UMNO dan lawan....ini dah jadi macam 3/4 pakai baju polis diRaja Malaysia...tapi dirisau BN kalah...oooooooi sedaq le sikit..

IGP: BN boleh kalah PRU jika gagal urus isu ISA

September 23, 2011


KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau mum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.

Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.

Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.

Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.

“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.

Justeru katanya, “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.”

Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.

Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.

Ismail berkata, tindakan pantas dan ‘pre-emptive’ yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.

Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.

“Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.

“Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang,” kata Ismail.

Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.

Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Jangan dok Gempaq..MCA..

elllele..macam le MCA tak tahu yang UMNO tidak sekali kali akan laksanakan HUDUD..dok mai gempaq kat sini apa hal lak kau ini chua soi sex.....kau kan tau...kalau kau main sex dihotel tempatan..segelentir Pimpinan UMNO akan menjadi taukehnya dan yg lebih berani akan. sampai keluar negara..ini dok menyalak macam nak ugut ugut apa hal..?kau dua itu serupa aje..
MCA akan berpisah dengan Umno jika laksana hudud'
MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga akan sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud, sambil berkata bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama.

Ngok..masih tak Puas hati dgn PR

DIMANA KAU SELAMA INI DAH 54 TAHUN MERDEKA TAIK KUCING BETOL..SELAMA INI ADA TAK KERJAAN BELA HANG ATAU KELUARGA HANG ADA TAK SEBARANG PINGAT ATAU PENGHARGAAN DIBERIKAN...KALAU TAK DE MAT SABU BANGKIT ISU INI SAMPAI SEKARANG DOK TANAM JAGUNG AJE LAH KAU DAN KELUARGA DOK CERUK TOK NUN....SIALAN BETUL DAH ADA ORANG TOLONG BANGKITKAN ISU KELUARGA HANG HANG P KUTUK LAGI DASAR TAK KENANG BUDI SEBIJI MACAM PERANGAI UMNO...

Wira Bukit Kepong

Yusmizal Dolah Aling
hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya begitu terharu dengan penghargaan ini. Walaupun saya sedih sebab ayah sudah tiada, sekurang-kurangnya pejuang sepertinya dikenang dalam bentuk sewajarnya. Saya bangga,” kata Ahmad Jamil, waris kepada pejuang Bukit Kepong, Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah.

Menurutnya, ketika peristiwa meragut nyawa insan tersayang itu, dia baru berumur enam tahun 10 bulan dan tidak mengingati kejadian terbabit dan dia hanya dimaklumkan tidak mempunyai bapa sejak lahir.


Katanya, biarpun pelbagai tafsiran diberikan masyarakat berhubung kejadian 61 tahun lalu, dia tetap berbangga kerana menjadi seorang bapa yang sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis.

“Anugerah ini begitu istimewa kepada saya. Apa yang saya tahu, kami empat beradik kehilangan ayah dalam peristiwa berkenaan dan paling pilu, ketika itu ibu saya baru 10 hari melahirkan adik bongsu,” katanya selepas menerima Anugerah Wira Bukit Kepong mewakili keluarganya yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.


Najib yang juga Presiden Umno menyampaikan anugerah berkenaan kepada semua 16 waris anggota keselamatan negara yang terkorban ketika mempertahankan Bukit Kepong daripada ancaman komunis.


Seorang lagi waris, Mohd Mokhtar Mohd Yassin berkata, dia terkilan dengan tindakan pihak pembangkang mempersoalkan usaha pejuang mempertahankan negara dan pada masa sama mengguris perasaan ahli keluarga yang bersedih akibat kehilangan orang tersayang.

“Biarpun ia sudah berpuluh tahun berlalu, namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas penganugerahan ini. Tetapi saya tidak puas hati dengan cara pembangkang cuba membangkitkan isu ini,” katanya.

Binatang pun tak tergamak..

Manusia terlebih binatang...umur 2 tahun disanggup pertttt......

Budak 2 tahun diperkosa di rumah pengasuh



PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.


Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.

“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.


“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.


Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.

PieeeM ..kita diKencing.....Tapiiiiii

Tapi BIASALAH..PAKAR KENCING dikencing pulak oleh anak buah......emmmm perkara biasa le .....

TIMBALAN MENTERI TIPU NAJIB?



Written by Admin



HAIRAN....Kenapa PDRM tidak dapat memantau Timbalan Menteri memasuki Kasino Genting sedangkan mereka mempunyai Unit D7 yang hebat?

Oleh : PAPARAZZI SK

KEPIMPINAN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semakin dipertikai kerana bukan sahaja mudah diperdaya ‘Golden Eye Boy’ dalam projek NKRA; malah ditipu hidup-hidup oleh seorang Timbalan Menteri.

Dalam kejadian terbaru, seorang Timbalan Menteri telah menemui beliau merayu agar menyalurkan bantuan segera RM3 juta daripada Tabung Bencana Alam Negara bagi membantu penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir.

Pada mulanya Najib tidak sedar kehadiran Timbalan Menteri berkenaan yang menunggu di dalam kereta di luar kediaman beliau, namun apabila pulang daripada menjalankan tugas rasmi negara pada jam 2.30 pagi, kereta Timbalan Menteri berkenaan masih berada di situ.

Setelah memberikan pelbagai alasan dan menunjuk muka 20 sen, Najib dengan penuh percaya telah menyerahkan RM1.3 juta sebagai pendahuluan untuk diagehkan kepada mangsa banjir.

Namun malangnya, pada keesokan harinya, Najib dikejutkan dengan berita daripada pegawai risikan bahawa Timbalan Menteri berkenaan dilihat memasuki Kasino di Genting Highland dan telah menghabiskan habis RM1 juta untuk berjudi dan kalah kesemua wang tersebut.

Mengikut maklumat daripada Pegawai terdekat Timbalan Menteri berkenaan, hanya RM300,000 sahaja daripada jumlah yang diberikan Najib telah diagehkan kepada mangsa banjir dan pihaknya masih menunggu baki untuk dilunaskan.

Awasi Penyamun...sedang merancang..

fuhhhhhyooo..kalau macam ini punya simpanan...boleh ke tangan Penyamun Tarbus..nyah rakyat selangor...bertingkat tingkat umah dibina siPenyamun itu nantu.."AWASSSSSSS"nyahkan terus sikumpulan Penyamun dari bumi selangor..
Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun
Harakahdaily

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.

“Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini,” ujarnya.

Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.

Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.

Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.

Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.

Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.

Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.

Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.

Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.

“Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya.

Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.

“Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek,” katanya lagi.

Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.

“Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar,” katanya.

Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.

Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.

Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.

“Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta,” katanya.

Thursday, September 22, 2011

Booooom....tunggu...lagi..seminggu

TANGGAL TIGA PULUH ,BULAN SEMBILAN DUA RIBU SEBELAS..MELETUP MELETUP siapa ke dia itu..?..tapi apa pun pada RAKYAT 1MALAYSIA khususnya Penyokong UMNOBN..akan mati matian sokong pakJib atau orang yang bakal dibongkarkan..walau pun peguam perancis hujah berserta Bukti...itu tahap IQ rakyat yang menyokong umno....

Scorpenes lawyer in London on Sept 30: Najib a walking time-bomb for Umno

Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

September 30 is a day Prime Minister Najib Razak and his advisers will mark on their calendars. It is the day that French lawyers will give the latest update on the Scorpenes kickbacks case involving shipmaker DCN, Najib, his close friend Razak Baginda and murdered Mongolian translator Altantuya Shaariibuu.

Cynthia Gabriel, director of Suaram, confirmed the date with Malaysia Chronicle, adding that French legal eagle Joseph Breham would head the presentation due to be made at a fund-raising dinner in London.

"Two reasons why London was chosen. One to tap the Malaysian disapora there as we need to raise a lot more funds to pay for legal expenses which will rise tremendously when the open court hearings begin. The other is of course, security. After Bourdon was deported from Kuala Lumpur, who would dare to come here. While Najib is PM, this is his territory, the lion's den," another Suaram source told Malaysia Chronicle.

Suaram is the Malaysian NGO that filed a complaint in the Parisian courts, seeking a probe against French firm DCN which it accused of having paid illegal commissions to Najib and other top Malaysian officials to secure the RM7.3 billion submarines deal. The NGO claims the kickbacks would have bloated the purchase price paid by Malaysian citizens, and top among the suspicious side-deals in the acquisition package is a RM570 million or 114 million euros service and support contract given to an obscure firm called Perimekar, which is controlled by Baginda.

The lion's den and powerful hands

Another French lawyer appointed by Suaram, William Bourdon, had been unceremoniously deported by when he came to Malaysia to give three dinner presentations in July. Hours before the second presentation, and on the same day that Najib rushed home after cutting short an overseas vacation, Bourdon was sent back to Paris.

The lawyer was due to talk about the mystery 'third person' who had flown with Baginda and Altantuya to Macau during negotioations with DCN. It is widely suspected that this 'third person' was Najib Razak and once the documetary evidence such as plane tickets and bookings emerge, Najib's downfall from power will be sealed. He had sworn on the Quran that he had never known Altantuya, so any contradiction to this claim would demand his resignation as leader of a predominantly Muslim nation.

Apart from corruptly accepting commission from DCN, Najib is alleged to have been romantically involved with Altantuya before introducing her to Baginda, who also became her lover. Four years after the deal was struck, Altantuya was murdered in Malaysia in 2006, after trying to get her share of commission from Baginda. Two of Najib's former bodyguards have been sentenced to hang for her death.

Baginda too was charged for abetting the murder but he was controversially acquitted. But despite many trails leading back to Najib, who had sanctioned submarines purchase in his then capacity as Defense minister, powerful hands manipulated the Malaysian courts to clamp down on any testimony that was 'damaging' to Najib, thereby helping him to secure the prime minister's seat in 2009.

On the political downcycle

With latest presentation in London and beyond Najib's control, there is little he can do to stop 'sensitive' information from finally coming out. And this will worsen when open court hearings begin in Paris, most likely in October. The underperforming Malaysian PM is also on the downcycle within his own political party Umno, and the powerful hands that helped him during the Altantuya murder probe and trial in 2007 and 2008 are no longer so friendly. Chances are high that rival warlords will use the information to bolster their case for him to be removed as party president.

Najib's popularity tanked an alarming 6 percentage points in August and there is a growing chorus in Umno and the BN coalition it heads for Najib to step down before snap general elections are held. And this is one of the key reasons why Najib, who once preferred to delay elections until the latest possible date, is now rushing for polls to be held in November. To wait would only give his rivals more room to maneuver his ouster.

"Najib is now a liability to Umno and BN because of his baggage from the past. Because of his scandals, he is a walking time-bomb and can bring further disaster to Umno and BN. The drop in popularity rating is only the tip of the iceberg," PKR strategies director Rafizi Ramli told Malaysia Chronicle.

"There is also his mismanagement of the economy, the Bersih rally, the sodomy trial against Anwar Ibrahim, the dubious ISA repeals and the insistence that Malaya was never a colony. All these issues have boomeranged while his personal scandals have risen with the international media firms, his wife's diamond ring and expensive overseas trips on public expense. All these seal his fate in Umno and his timespan as PM is now very limited"

- Malaysia Chronicle

Gaji kecil..MASYUKnya Tebal..?

Mat sabu:tepat ke ungkapan..GAJINYA KECIL MASYUK NYA TEBAL..?kena tanya Mat sabu dan gelak bersama..sebab hal sejarah pun boleh jadi Kes dalam Mahkamah..akhirnya bila masuk mahkamah..lain pulak jadi kesnya...haru dubuatnya..

Zaki: Gaji hakim lebih rendah dari peguam
Tun Zaki Azmi berkata, beliau berjaya melantik enam orang peguam sebagai hakim kanan, sepanjang tiga tahun perkhidmatannya sebagai ketua hakim negara.

zaki azmi interview 140911Jumlah itu dilihat agak besar, namun Zaki berkata usaha berkenaan bukanlah perkara mudah kerana peguam berkenaan terpaksa menerima bayaran gaji yang lebih rendah.

"Saya mahu ambil lebih ramai lagi. Dua orang lagi. Saya cuba ajak mereka (supaya sertai kehakiman). (Tapi) di saat terakhir mereka menolak. Gaji tak cukup," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Menurutnya, peguam yang berkualiti boleh meraih pendapatan lebih RM1 juta setahun.

“Tiba-tiba, (bila) mereka jadi hakim gaji mereka RM400,000 (setahun). Siapa yang mahu? Proton Saga atau Proton Perdana?," katanya.

Satu cara penyelesaiannya, hakim perlulah menerima imbuhan yang setimpal, kata Zaki.

Beliau tidak menjelaskan sistem tangga gaji untuk para hakim, namun Zaki percaya, hakim yang baru dilantik boleh menerima bayaran gaji yang lebih tinggi daripada Ketua Setiausaha Negara.

azlanDalam tempoh beliau mengetuai cabang kehakiman, Zaki menjangkakan bahawa gaji para hakim telah dinaikkan sehingga 40 peratus.

Namum, bukan hakim sahaja yang mendapat kenaikan gaji.

Pindaan kepada Akta Saraan Hakim 1971 yang diluluskan pada Julai lalu membolehkan empat orang hakim paling kanan berkhidmat dalam tempoh yang lebih pendek untuk mendapat bayaran pencen penuh.

Pindaan berkenaan menggariskan bahawa hakim tersebut hanya perlu berkhidmat selama tiga tahun, berbanding sepuluh tahun sebelum ini.

Secara kebetulan, Zaki sebelum ini dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudiannya sebagai Ketua Hakim Negara pada 2007, sebelum bersara pada 14 September lalu pada usia 66 tahun.

zaki azmi interview 140911Pindaan berkenaan berkuatkuasa pada 1 Januari 2009.

Zaki ketika bercakap di satu persidangan kehakiman awal bulan ini telah menafikan dakwaan beberapa peguam bahawa pindaan tersebut dibuat untuk kepentingan dirinya.

Katanya, pindaan tersebut dijalankan untuk kepentingan hakim terdahulu seperti bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, serta bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim dan Tan Sri Mohamad Jemuri Serjan.

Zaki memberitahu Malaysiakini bahawa dakwaan berhubung pindaan tersebut, didakwa melayakkan beliau mendapat bayaran ex-gratia sebanyak RM2 juta, adalah that "sampah semata-mata."

SCREW bekarat dan semakin LONGGAR..kesannya..baca kat bawah..

Saya bukan lagi PM laksanalah hudud, Mahathir beritahu PAS

September 21, 2011









TANJUNG MALIM, 21 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya (gambar) ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za’ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

PAS dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.

Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

“Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

“Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids... ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya,” kata Dr Mahathir

IKLAN SEKITAR PARLIMEN BKT GANTANG

Program sepanjang minggu ini dikawasan Bukit Gantang.."SEMUA DIJEMPUT HADIR"







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails