TERSERLAH HATI PENUH DENGAN HASAD DENGKI BUSUK SAMPAI KE TUMIT..2 KOMEN YANG BERLAINAN IDEA DAN PANDANGAN..
Cadangan tukar bendera petanda tak hargai warisan
KUALA LUMPUR - Hasrat pakatan pembangkang untuk menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain sebagai bendera Malaysia adalah bukti pakatan itu tidak menghargai hak dan warisan bangsa yang sudah diterima pakai sejak dahulu lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu juga menunjukkan pakatan pembangkang terutamanya DAP tidak dapat menerima kejayaan yang dicapai hasil perjuangan Barisan Nasional (BN) sehingga semuanya hendak dinafikan dan ditukar.
"Kita tahulah, itu niat Pakatan Rakyat, segala-gala yang sudah diterima sebagai sebahagian daripada warisan kita hendak dibuang. Itu bendera, mungkin banyak lagi mereka nak lakukan, tukar segala-galanya hanya mereka nak kata mereka sudah berkuasa, mudah-mudahan mereka tidak berkuasa.
KOMEN DARI PAS:
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Sept: PAS menegaskan tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara. Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan.
“Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) sebagai mengulas serangan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan.
Manoharan, yang juga Adun Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini menyatakan akan bertindak menukar design bendera Malaysia sekiranya menang. Bagaimanapun, beliau telah memadamkan komen tersebut dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya.
Isu utama kini, kata Tuan Ibrahim bukanlah bendera tetapi Barisan Nasional yang memerintah negara.
“Slogan Barisan Nasional, 1Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar.
"Pada zaman Tun Dr Mahathir, berapa banyak slogan yang telah digunakan Barisan Nasional hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1Malaysia yang hebat, namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia,” kata beliau.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional akan datang.
“Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik,” nasihat beliau. |
No comments:
Post a Comment