YANG SEBENARNYA BUKAN KESELAMATAN DIUTAMAKAN..TAPI YURAN ATAU BAYARAN YG DIUTAMAKAN..SEBAB DUNIA MALAYSIA SEKARANG SEMUA DAH JADI DUNIA PERNIAGAAN...NYAWA,MARUAH,KUASA ,PUNGGOK,KESIHATAN RAKYAT DAN SEGALA GALANYA DIMALAYSIA DIOLAH KEARAH UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN TIADA YG FREE DIALAM MALAYSIA INI....SOOOO KITA KENA PANDAI DAN CEKAP ATASI MASALAH INI.."KALAU RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN DALM SOAL SOAL INI...NO1 UBAHKAN KERA...JAAN YANG DOK ADA INI,,,I'ALLAH...AKAN LIHAT PERUBAHAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT,,
Hilang RM30,000 semasa bercuti
KEPALA BATAS – Pihak pengurusan pusat rekreasi Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak perlu bertanggungjawab di atas kehilangan barangan bernilai hampir RM30,000 yang disimpan di dalam laci pusat tersebut oleh seorang pengunjung, Siti Nordarma Ab. Rahman, 29, ketika bercuti di sana baru-baru ini.
Siti Nordarma yang berkunjung ke sana bersama keluarganya buat pertama kali pada 16 September lalu sempena cuti Hari Malaysia berkata, dia memberi tempoh satu bulan kepada pihak LWOT untuk menyelesaikan masalah kehilangan barangan tersebut.
“Apa yang saya kesalkan ialah pihak LWOT seolah-olah ambil mudah ketika saya membuat aduan,” katanya.
Menurut Siti Nordarma, dia dan suaminya, Mohd. Kamarul Bahrin Baharudin, 26, bersama dua anaknya tiba di LWOT kira-kira pukul 1.30 petang dan terus menyewa sebuah laci pada kadar RM10 untuk menyimpan barangan setelah membeli tiket masuk.
“Sebelum meninggalkan laci tersebut untuk pergi mandi-manda di kolam, saya telah memeriksa beberapa kali bagi memastikan ia benar-benar berkunci.
“Setelah selesai mandi-manda, saya pergi semula ke laci tersebut tetapi terkejut apabila mendapati kesemua barangan yang disimpan di dalamnya telah hilang,” ceritanya.
No comments:
Post a Comment