SEBAGAI PERINGATAN KEPADA MANA MANA KAKITANGAN KERAJAAN ..BEKERJA DENGAN IKHLAS KERANA ANDA DIBAYAR GAJI DENGAN WANG RAKYAT BUKAN DENGAN umnobn ATAU MANA MANA PARTI..DAN JANGAN KERJA MENGAMPU AJE...NI NASIBNYA BILA TIDAK DIKEHENDAKI..INGAT INGAT..
Pegawai dakwa dianiayai APMM
Saudara Pengarang,
Saya adalah seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM )yang berpangkat Pegawai Waran ll. Saya telah dibuang kerja dengan kejamnya dan malah rekod perkhidmatan saya telah sengaja dipalsukan oleh bahagian tatatertib APMM kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya telah ditumbuk oleh ketua jabatan sehingga berlakunya kecacatan kekal dikelopak mata kanan saya.
Pihak polis sehingga sekarang pun belum membawa kes ini ke peringkat Mahkamah. Sudah pun campurtangan perdana menteri, tapi sehingga sekarang masih belum saya diberikan pembelaan. Saya akui bahawa saya tidak mampu untuk ambil peguam kerana bayaran yang diminta amat mahal sehingga RM25,000 dan apabila selesai kes perlu membayar 5 persen lagi.
Saya dibuang kerja pada 18 Februari 2011, kemudian saya membuat rayuan kepada SPA, Pihak SPA membuat keputusan pada masyuaratnya pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa saya bersalah dan hukuman buang kerja dari APMM telah dikekalkan.
Saya amat kesal kerana pihak SPA tidak membuat langsung siasatan. Surat dari SPA yang saya terima pada jam 4.30 petang bersamaan 28 Julai 2011. Saya kini amat memerlukan peguam . Saya sudah 26 tahun berkhidmat, dibuang begitu saja tanpa pencen.
Saya kesal mereka yang bersalah bermaharajalela, yang tidak bersalah hidup bagai pengemis tanpa pekerjaan. Saya amat memerlukan bantuan tuan.Tterima kasih.
Mustaffa bin Abd.Manaf
Kota kinabalu, Sabah. Tel. No. 017-5027172 mustaffa_best@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment