BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, September 6, 2011

UMNO sekalambu dengan Komunis...!


Ahli dan penyokong termasuk Pukida ,Perasam dan sewaktu dengannya..tak nampakke Pimpinan Hangpa tidur sekelambu dengan KOMUNIS....hi hi.Taik sendiri tak bau busuk..

Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno




IPOH 5 SEPT : Parti DAP Perak menganggap Umno sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.

Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.

Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.

Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas.

Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China.

Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menganggap Umno tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.

“Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina.

“Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah,” katanya menerusi kenyataan medianya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan Umno sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?,” soalnya.

2 comments:

leekonu said...

Selasa, 6 September 2011
editor buku pun sepak mat sabun

apa anda akan buat kalau anda tersepit, terkantoi malah mengelupor perit atas tindakan anda sendiri... ni dia mat sabun.. yang kantoi sekantoinya... akibat nak kover diri kerana keceluparan mulutnya... dia tunjukkan buku bahawa kerajaan Johor mengiktiraf mat indera... hehe.. pas pas.. inilah perangai depa yang tak sudah-sudah... tanpa usul periksa... main sorbu je... sekali editor buku tersebut bersuara da....

"Penulis buku ini sebenarnya mengajak pembaca berfikir siapa Mat Indera, samada layak digelar hero atau pengkhianat negara kerana terlibat dalam peristiwa berdarah bukit kepong 1950 dan bukan iktiraf Mat Indera sebagai pejuang dan bukan komunis"

klik
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/09/editor-buku-balun-mat-sabu-komunis.html


Dicatat oleh headbomb di 5:47:00 PM

Anonymous said...

hi hi apalak hal mangkuk umno dok sembang hal buku..sampai kan tak nampak geng komunis dan geng umno buat perjanjian dan makan semeja..hi hi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails