DIMANA KAU SELAMA INI DAH 54 TAHUN MERDEKA TAIK KUCING BETOL..SELAMA INI ADA TAK KERJAAN BELA HANG ATAU KELUARGA HANG ADA TAK SEBARANG PINGAT ATAU PENGHARGAAN DIBERIKAN...KALAU TAK DE MAT SABU BANGKIT ISU INI SAMPAI SEKARANG DOK TANAM JAGUNG AJE LAH KAU DAN KELUARGA DOK CERUK TOK NUN....SIALAN BETUL DAH ADA ORANG TOLONG BANGKITKAN ISU KELUARGA HANG HANG P KUTUK LAGI DASAR TAK KENANG BUDI SEBIJI MACAM PERANGAI UMNO...
Wira Bukit Kepong
hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya begitu terharu dengan penghargaan ini. Walaupun saya sedih sebab ayah sudah tiada, sekurang-kurangnya pejuang sepertinya dikenang dalam bentuk sewajarnya. Saya bangga,” kata Ahmad Jamil, waris kepada pejuang Bukit Kepong, Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah.
Menurutnya, ketika peristiwa meragut nyawa insan tersayang itu, dia baru berumur enam tahun 10 bulan dan tidak mengingati kejadian terbabit dan dia hanya dimaklumkan tidak mempunyai bapa sejak lahir.
Katanya, biarpun pelbagai tafsiran diberikan masyarakat berhubung kejadian 61 tahun lalu, dia tetap berbangga kerana menjadi seorang bapa yang sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis.
“Anugerah ini begitu istimewa kepada saya. Apa yang saya tahu, kami empat beradik kehilangan ayah dalam peristiwa berkenaan dan paling pilu, ketika itu ibu saya baru 10 hari melahirkan adik bongsu,” katanya selepas menerima Anugerah Wira Bukit Kepong mewakili keluarganya yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Najib yang juga Presiden Umno menyampaikan anugerah berkenaan kepada semua 16 waris anggota keselamatan negara yang terkorban ketika mempertahankan Bukit Kepong daripada ancaman komunis.
Seorang lagi waris, Mohd Mokhtar Mohd Yassin berkata, dia terkilan dengan tindakan pihak pembangkang mempersoalkan usaha pejuang mempertahankan negara dan pada masa sama mengguris perasaan ahli keluarga yang bersedih akibat kehilangan orang tersayang.
“Biarpun ia sudah berpuluh tahun berlalu, namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas penganugerahan ini. Tetapi saya tidak puas hati dengan cara pembangkang cuba membangkitkan isu ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment