BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, September 4, 2011

APAKAH JADAHNYA.PERDANA MENTERI KE AUSTRALIA KETIKA HARI MERDEKA..?

MACAM INI PUN ADAKAH..?MELAUNG LAUNG MERDEKA MERDEKA YTAPI DIRI SENDIR BERCUTI KELUARNEGARA..WADOOOH...APA KOMEN SIGENG KATAK DAN PEJUANG BANGSA..?

PM bercuti di Australia semasa Hari Merdeka?

3 September 2011 | 4:03 pm
KUALA LUMPUR 3 SEPT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikhabarkan bercuti di luar negara tatkala rakyat meraikan perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu.
Menurut laporan portal Malaysiakini, satu emel kiriman seorang pembaca Malaysiakini menyatakan beliau percaya bahawa perdana menteri berada di Perth, Australia.
Andaiannya itu berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.
Kali terakhir kelibat Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.
Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.
Dalam tweet itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.
“Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54,” tulisnya dalam laman Twitter.
Bagaimapun tindakan Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.
Pembantu Najib yang dihubungi Malaysiakini enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.
“Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain.”
Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, “Dia sedang bercuti” sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.
Menurut pembaca, yang menghubungi Malaysiakini, beliau mengandaikan perdana menteri berada di Australia berdasarkan dua laman web yang memaparkan gambar dan mencatatkan masa ketibaan pesawat-pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.
AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan ‘nama panggilan’ “November Romeo 1″ atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.
Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth.
Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd.
Semasa tahun 2007, perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa pentadbiran beliau membeli pesawat itu pada harga RM200 juta dan berkata keputusan tersebut adalah semata-mata keputusan PMB.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails