BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, September 10, 2011

OOOI OOOI sudahle....wayang koorang..

orang melepas batuk ditangga..Tapi Najib batuk dalam Punggok saifoool..sudah sudahle wayang mainan koorang..masa bila pulak koorang fikir fikirkan nasib rakyat..ini memandai pulak suruh kaji balik cukai perkhidmatan..oooi lu orang ingat rakyat lupa ke..weeei..masa Gula naik harga macam macam komen dan cadangan dengan tidak dibebankan rakyat yg sedia teruk akhirnya..naik juga 20sen..hangpa diam..selepas itu astro naik harga..siapa simenteri TV 3/4 buat ulasan minta kaji balik akhirnya sampai bil ..naik juga harga..nak sekarang syarikat telecom..pulak buat hal dan hangpa dok sibuk nak pertahan dn membela rakyat..akhirnya rakyat tetap kena juga..TAPI YANG SEDIHNYA RAKYAT MANGKUK SEGENG dengan hangpa tetap akur dan tunduk pada malaun malaun ini juga...itu saja kehebatan hangpa..masih boleh kawal siRakyat menggong tajaan UMNOBN...tapi ingat sekali mereka terlepas dari zon Menggong ciptaan hangpa..nanti tak cukup tanah nak lari..dook

Kaji semula caj 6.0 peratus: Najib

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan 6.0 peratus ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu, merupakan keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Menurutnya, fokus utama, sepatutnya mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan menambah beban itu.

“Saya dah dapat banyak reaksi timbal balas daripada orang ramai, bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah sukar diterima oleh rakyat.

“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula kerana hendak kurangkan beban rakyat. Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini semalam.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan, sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunika semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails