sekali kena pecah sekali buat laporan..pengalaman aku masa diKg zaman aku kecik dulu le..kedai Pakcik aku sebulan sekali kena Pecah...setahun 12 kali buat laporan tapi Tindakannya hampeh belaka..siap kita bagi klu siapa disebaliknya..tindakannya emmm..akhirnya laporan tak dibuat..tunggu dengan cuka getah...dok tak dok..sekali kena sembur kat Pencuri itu...terus diapindah entah kemana ..hilang..macam itule kes ini ..cuba buat Laporan punggok dicubit pimpinan PR..adooohhh siap satu batalion akan turun buat siasatan dan laporan siap utk dimajukan kepada AG dalam seminggu aje...ini nasib rakyat 1malaysia..
Penyamun bengkel kereta kebal
AMPANG JAYA – Nasib malang terus menghantui seorang pemilik bengkel kereta di Taman Keramat AU3 di sini apabila dalam tempoh kurang tiga tahun bengkel tersebut didakwa telah lapan kali diceroboh penyamun.
Dalam tujuh kejadian dengan dua kejadian berlaku pada bulan ini, mangsa Mohd. Affendy Mustafar, 35, mendakwa, dia terpaksa menanggung kerugian mencecah ratusan ribu ringgit selepas kehilangan pelbagai alat ganti dan aksesori kereta.
Dalam tempoh itu, turut menjadi sasaran penyamun adalah sebuah kereta BMW E46 dan Naza Citra milik pelanggan.
Kejadian terbaharu di bengkel yang membaiki pelbagai kenderaan dan memasang aksesori berlaku pada 4 September lalu iaitu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri hari keenam.
“Saya syak bengkel dipecah masuk pencuri sama yang mahu mencuri wang tunai namun hari itu saya bernasib baik kerana telah menyimpan semua wang di bank,” cerita Mohd. Affendy ketika ditemui baru-baru ini.
Tiada barang lain yang hilang.
Selang tiga hari sebelum itu, Mohd. Affendy mendakwa bengkel miliknya kehilangan empat rim kereta yang melibatkan kerugian sebanyak RM1,500.
“Semasa kejadian pada 1 September, saya merasa tertekan kerana terpaksa menanggung kerugian besar,” katanya yang membuat laporan polis dengan harapan kegiatan pecah masuk ke bengkel miliknya akan berakhir.
Dakwanya, selepas membuat laporan itu, polis datang ke bengkelnya dan merakam beberapa keping gambar.
Mohd. Affendy memberitahu, dia amat buntu kerana bengkel miliknya dilihat menjadi sasaran penjenayah manakala polis pula seolah-olah tidak membantu ‘menyelamatkan’ bengkelnya.
Selain bengkel miliknya, sekitar kawasan tersebut mempunyai lebih 10 bengkel kereta lain namun bengkel-bengkel tersebut tiada masalah dipecah masuk.
No comments:
Post a Comment