BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, September 29, 2011

Dap No Hal..kita tunggu apa kata UMNO>>>>

khak kahak..akhirnya UMNO masuk dalam perangkap sendiri..pandai koorang layan dan hembus kearah DAP..nak sekarang apa Kata koorang...?

Hudud: Nik Aziz ‘bersyukur’ pendirian Pakatan Rakyat

September 29, 2011


KUALA LUMPUR, 29 Sept — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menerima baik dan bersyukur dengan keputusan dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu hukum hudud malam tadi.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau menerima baik pendirian perikatan tersebut yang menghormati hasrat kerajaan negeri dalam isu berkenaan hukum hudud.

“Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat-sangat kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan,” kata beliau sambil menambah, pelaksanaan undang-undang itu tidak akan memberi kesan ke atas masyarakat bukan Islam.

Malangnya kata beliau (gambar), undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan buat masa sekarang sebab kerajaan pusat, didukung oleh Umno, “menghalang kami daripada berbuat demikian.”

Malam tadi, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

“Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

“Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

“Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah,” kata mereka.

Selain itu, kata mereka, mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi ini.

Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

Khamis lalu, Nik Aziz yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 berkata, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Sehari selepas kenyataan Karpal itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula memberi kata dua bahawa keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Nik Aziz bertegas hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya yang turut berpendirian bahawa hukum hudud akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Isnin lalu, komponen Pakatan Rakyat sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga satu mesyuarat, yang diadakan semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails