Berang kandang haram diroboh
INI STAIL DAN PEIIAE RAKYAT..walau pun tahu duduk ditanah haram dan berkali kali Notis dikeluarkan tapi selalunya mereka endahkan ..tapi bila tindakan mahu diambil sampaikan semua yg terlibat akan agresif....tapi elok juga Kerajaan nilai secara adil sebelum sesuatu tindakan .."TIADA KERAJAAN TANPA RAKYAT"tapi ada "RAKYAT TANPA KERJAAN"
HILANG SABAR...penternak gagal mengawal emosi ditenteramkan anggota polis.
ROBOH...penguat kuasa MPSJ merobohkan kandang yang dibina secara haram di Taman Serdang Jaya, Serdang.
SERDANG: Gagal mengawal emosi kerana terlalu marah dengan tindakan pihak berkuasa merobohkan pusat ternakan haiwan yang didirikan 25 tahun lalu secara haram di Taman Serdang Jaya di sini, seorang wanita cuba memukul wakil pemaju.
Difahamkan, insiden itu bermula apabila penternak terbabit tidak berpuas hati dengan penjelasan diberi sehingga menyerang pemaju, cuba memukul dan membalingnya dengan tong air yang diletakkan berhampiran.
Menurut wanita itu, notis yang dikeluarkan pihak berkuasa terlalu singkat untuk memindahkan semua barang dan merobohkan kandang terbabit.
“Mereka patut beri lebih banyak masa untuk berpindah dan merancang semula perniagaan kami, bukan datang dan terus merobohkan kandang itu.
“Sudah 25 tahun kami menjalankan perniagaan di sini dan disuruh berpindah ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Nilam, Hulu Selangor, yang mengambil masa satu setengah jam perjalanan.
“Jika ingin membuka pusat ternakan di kawasan baru, kami terpaksa mengeluarkan modal kira-kira RM100,000 untuk menampung perbelanjaan pembinaan kandang dan urusan lain. Kami tidak ada wang sebanyak itu dan jika ada, sudah lama kami membuka pusat ternakan di kawasan lebih baik,” katanya ketika ditemui.
Selain mendirikan premis di kawasan yang tidak dibenarkan, penternak mendapatkan bekalan utiliti daripada fius papan tanda dan paip berdekatan secara haram. Mereka juga difahamkan membenarkan orang ramai membuang lebihan bahan pembinaan di kawasan seluas kira-kira satu hektar itu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Perancang Bandar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Asmidar Shaarin, berkata notis arahan mengosongkan tanah sudah dikeluarkan beberapa kali sejak 2002 dan notis terakhir diberikan minggu lalu.
No comments:
Post a Comment