BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, August 31, 2010

TAK LAMA LAGI BOLEH BUAT LOAN..baya r SAMAN...?

SELAGI MANA TIADA NIAT UNTUK MENDIDIK RAKYAT..SELAGI ITU AKAN ADA MACAM-MACAM SARANAN DAN IDEA BENGGONG DARI PEGAWAI-PEGAWAI DAN MENTERI UMNO BN..AHHHH TENGOK SEKARANG BOLEH BUAT ANSURAN BULANAN..TAK LAMA LAGI BAYAR SIAP UNTUK SETAHUN MACAM LHDN,,BAYAR SEBELUM DISAMAN..

Pemandu senarai hitam boleh bayar ansuran
Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan boleh membayar saman mereka secara ansuran sehingga 28 Feb tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri berkaitan masalah itu.

"Selepas 1 Mac, kena bayar penuh...mata demerit juga akan disambung semula," katanya ketika ditemui pemberita di kaunter JPJ, Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 11 Ogos lepas, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman buat sementara waktu.

Tempoh penarikan itu juga diambil kira ekoran musim perayaan yang bermula dengan sambutan Aidilfitri diikuti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.

Solah berkata bayaran saman secara ansuran itu boleh dibuat mengikut kemampuan pemandu.

Sementara itu, Solah berkata pihak JPJ juga akan membuat pemantauan terhadap perkhidmatan teksi selain bas, daripada segi tambang, penggunaan meter dan kerjasama daripada segi pengambilan penumpang.

"Pemandu teksi yang mengenakan tambang secara lebihan, tidak menggunakan meter dan enggan mengambil penumpang akan dikenakan tindakan seperti bayaran kompaun," katanya.

Mengulas isu "ulat tiket", Solah menasihatkan orang ramai agar membeli tiket yang sah di 92 kaunter yang terdapat di terminal bas dan bukannya dari ulat-ulat tiket sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

"Tiket masih ada...pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan tambah jumlah bas seperti bas sekolah dan bas kilang jika perlu. Masalah kehabisan tiket jelas tidak berbangkit," katanya.

Monday, August 30, 2010

Majlis Buka Puasa..Masjid Lama Bandar Taiping..

30hb ogos.YB Yew Tian Hoe ADUN Aulong.bersama rombongan beliau telah bersama dalam majlis berbuka puasa di Masjid Lama Bandar Taiping.
Yang pelik bin Ajaib untuk majlis yang sekecil ini..seramai 3 anggota SB dari Balai Polis Taiping ditugaskan ..untuk menjaga apa entah le..?yang pastinya makan depa ok aje dengan senyum dan ramah bersama YB dan Ahli Jemaah.
UMNO Taiping khususnya akan berak kapur lagi dengan tindakan-tindakan bukan Muslim yang mencuba sedaya upaya merapatkan hubungan mereka dengan orang -orang Islam dikawasan mereka.Keakrabaan bukan Muslim dengan Muslim dinegara Malaysia merupakan kemusnahan UMNOBN semakin rapat dan cepat,itu dah pasti,sebab itu UMNO cuba membawa isu ini sebagai isu Negara dan cuba sedaya mungkin menjauhkan bukan Muslim dari Muslim khasnya dari jemaah PAS.



Pengerusi,setiausaha dan Bendahari Masjid bersama YB Yew..yang baju hijau(duduk) itu SB


ahli rombongan bersama AJK masjid..

Taiping Bandar Warisan..diambang hari Kemerdekaan

Layu ....suram..tanda-tanda esok menyambut Hari Kemerdekaan hampir sifar...kenapa begini jadinya..?adakah kah kerana Kuasa k`jaan diPindah Milik kepada Individu atau sesuatu Kumpulan yang tak bertanggung jawab..?atau tiada KEMERDEKAAN SEBENAR DIKECAPI RAKYAT setelah 53tahun.....

suasana di Jalan Taming Sari.jam4.30ptg.30hb ogos

Pejabat Umno dibayangi Kereta Jenazah......?turut layu bak pokok kekurangan baja..mungkin disini poket kekurangan wang..?

DAP..TIDAK SE DAJJAI UMNOBN..

Lihat aksi aksi spesisi yang bernama UMNO di Surah Al-Falah..DAP walau pun cina tidak le sedajjai UMNO spesis cilako...Mana Mufti@Ufti,mana tv 3/4.TV 4suku,mana media utusanMeroyan ,Berita Haruan dsbnya..komen komen komen...

Sunday, August 29, 2010

Benggong lagi BANGGANG..

TAMBAH LAGI..UNDANG-UNDANG..PEMBINAAN MASJID OLEH BUKAN ISLAM TIDAK SAH..ROBOHKAN SEMUA MASJID-MASJID YG TELAH DIBINA DAN ADANYA CAMPURTANGAN BUKAN ISLAM..HA HA HA YANG TINGGAL HANYA MASJID BAWAH TEMPURUNG KHAS UNTUK RAJA KATAK..SETIAP UCAPAN ..NAMPAK SANGAT KEBENGGONGAN SEMAKIN HARI SEMAKIN MENINGKAT..DAH JADI MACAM WAJIB JADI BENGGONG LAGI BAHLOL KALAU MAHU MENJADI AHLI UMNO ATAU PERKASA..

Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunjungi masjid

August 29, 2010
Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam.

Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau.

Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid.

“Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini.

Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa,” kata Ibrahim.

Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan.

“Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam,” kata Ibrahim.

Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik.

“Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik,” kata beliau lagi.

Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur.

“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau.

Komen spaner sangat ke.siketua Puteri UMnoooo ini,,?


yang mana satu..?
Namewee cabar ketua Puteri Umno berdebat
Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.

Sebelum ini Rosnah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee kerana didakwanya telah mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman. Menurut Rosnah, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum," kata Wee (kiri) dalam satu kenyataan di blognya hari ini. "Jika dia merasakan saya tidak menghormati dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara saya sendiri, maka sila terima pelawaan untuk berdebat secara terbuka tentang isu ini. "Bantu kami rakya Malaysia untuk mendefinisikan, bagaimana untuk menjadi warganegara Malaysia yang patriotik, tolong ajar kami," katanya. Wee bersungguh-sungguh mahu membela dirinya di arena awam dengan berkata: "Banyak tuduhan dilemparkan terhadap saya sejak 2007... tidak ada yang nampaknya membela diri saya di arena politik. "Nama saya telah dipergunakan dalam banyak insiden oleh ahli politik sejak bertahun-tahun. Kali ini saya tidak akan membiarkan tuduhan kosong tanpa asas dilemparkan terhadap saya lagi. "Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini," katanya.

sampai bila UMNO dan Media Tali Barut nak sedaq..

Kunjung masjid: William Leong pula jadi sasaran
Ogos 29, 10 8:17pm
Utusan Malaysia meneruskan serangannya terhadap ahli parlimen pembangkang bukan Islam yang mengunjungi surau dan masjid dalam bulan Ramadan itu.

Selepas kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu, kali ini ahli parlimen PKR, William Leong Jee Keen pula menjadi sasaran kerana mengunjungi Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mingguan Malaysia - akhbar milik kerajaan itu - melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".

Dalam kenyataan semalam Teo menjelaskan bahawa beliau hanya berucap secara ringkas mengenai peluang pendidikan di bawah kerajaan Selangor apabila diminta menyampaikan sepatah dua kata.

Akhbar tersebut seterusnya memetik lamanweb berkenaan sebagai berkata Willaim menggunakan 'modal' yang sama, iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat, seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut.

Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor Utusan lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.Majlis sumbangan yang disampaikan oleh Willi

Ramadan Penuh Keberkataan...Perniagaan Ridzuan.

Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).

sempena Ramadan bulan penuh keberkataan ..Perniagaan Ridzuan simpang telah menganjurkan satu Majlis berbuka Puasa bersama ANAK-ANAK YATIM NUR QASEH dari Pokok Assam,Pusat khidmat bersama Ydp Pas Kawasan turut dijemput menghadiri Majlis tersebut..





Sdr Nizam..Pengarah syarikat Ridzuan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim..

isteri Sdr Nizam..turut menyampaikan sumbangan

kenangan bersama anak-anak yatim..YDP Pas Kawasan Bkt Gantang turut bersama..

Renungan....Makan ..Puasa...dan Pembaziran..





inilah salah satu tujuan Islam merukunkan umatnya berpuasa..
kita hanya berpuasa 8 jam lebih.. itupun ada yg culas..
mereka ni pula berpuasa bukan hanya sehari semalam tetapi berhari-hari!! makan dan minum pula sekadar ada.. sedangkan kita berbuka berlebih-lebihan sehingga membazir kerana menurut nafsu!
renung-renungkanlah..


MANA ULAR MAK UMNOBN..APA HUKUM INI..?

SUMBER:kedahlanie

Pengawal keselamatan di Masjid Negeri Sabah membawa sekumpulan pelancong dari luar negara ke dewan solat masjid. Tidak sekadar menunjukkan keindahan masjid, tetapi mengajak mereka mencuba pergerakan solat.

mai komen atau ambil tindakan keatas PakGuard ini..apa macam UMNO..ok tak

apa komen ULAMA UMNOOOO...?


KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. —

Saturday, August 28, 2010

Benggong Punya UMNOBN..baru nak jinak-jinak..!

ini satu lagi TANDA-TANDA.umnobn..BUSUK DAN BENGGONG SAMPAI KE USUS KECIL...BARU ADA ORANG NAK JINAK-JINAK DENGAN ISLAM dipulas dan dicekak nya siManusia-manusia Benggong agar ..orang itu jauhi dari ISLAM...Lihatle betapa cilakonya Pimpinan UMNOBN memainkan isu Teo ini..asalkan sicilako ii dapat terus menguasai dan tak hilang Pengaruh..aduhhhh..tambah lagi manusia-manusia yang berpakain agama diPejabat Agama sanggup menjilat punggung-punggung sidajjai yang mengeluarkan taik dari usus yang busuk tadi...ini nasib negaraku buat masa ini...AYUH BANGKIT SEMUA RAKYAT..KITA HAPUSKAN KEZALIMAN INI..

Masuk surau: Teo akan perjelas kepada Sultan Selangor
Harakahdaily
PETALING JAYA, 28 Ogos: Ahli Parlimen DAP bagi Serdang Teo Nie Ching kesal dengan tindakan pihak tertentu mempolitikkan isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang sehingga menimbulkan keresahan umat Islam.

Beliau dalam satu kenyataan berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.

"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.

Menurutnya lagi, setelah menyampaikan sumbangan untuk memperbaiki pagar surau, beliau telah dijemput berucap pada majlis tersebut.

"Saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor," jelasnya.

Ekoran isu tersebut telah dipolitikkan, beliau sedia mengambil langkah lebih berhati-hati agar perkara sama tidak berulang.

Beliau juga akan akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, mengenai perkara tersebut.

"Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang," katanya.

ANAK TAUKEH NAZA...

SELEPAS INI BOLEH BELIKAN KAIN..BAGI CUKUP UNTUK AURAT..?SEBELUM INI MARION MUNGKIN BUDGET KETAT..BELI KAIN TAK CUKUP ELA..?

SELEPAS lama
bercinta,
SM Nasarudin
(Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza ) dan Marion merancang untuk berkahwin akhir tahun ini.

Friday, August 27, 2010

Apa macam MR Khairy..ada mau terima CABARAN..Raja Katak ke..?

Khairy tunjukkan kejantanan Kamu..sanggup ke kamu diHina sedemikian Rupa oleh hanya seekor KATAK PURU..yang tak sedar diri..dulu masa nak bertanding pun jenuh merayu kepada PAS..bila menang fuuuhh ekkk sungguh macam dia le yang paling berkuasa..Khairy sepatutnya terima cabaran siKatak..keluar ramai-ramai..bawa sekali penyokong kamu...kita tengok siapa dia Katak Puru itu sebenarnya..?

Ibrahim Ali: Ahli Umno akan gembira jika Khairy keluar

August 27, 2010
Ibrahim: Dulu besar kepala... sekarang bila bapa mertua tak jadi PM, maka taring dah hilang, merapu tak tentu pasal.
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ramai ahli Umno akan gembira jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu atas alasan ‘tidak gembira’ dengan Perkasa.

“Saya rasa ramai ahli Umno gembira kalau dia letak jawatan atau tinggalkan Umno kerana semasa bapa mertuanya jadi perdana menteri, menyebabkan antara punca BN dan Umno kalah teruk pilihan raya umum ke-12,” kata beliau.

Kata Ibrahim, sekiranya majoriti ahli Umno menyokong Perkasa ia adalah satu tanggapan melucukan.

“Apa penyakit KJ?... mungkin tidak dilantik sebagai timbalan menteri, maka kecewanya sudah klimaks dan jadi Perkasa sebagai alasan,” katanya.

“Pada saya, tanpanya mungkin rakyat lagi senang hati pada Umno... apa pun kesian dia.

“Dulu besar kepala... sekarang bila bapa mertua tak jadi PM, maka taring dah hilang, merapu tak tentu pasal,” kata Ibrahim mengulas kenyataan terbaru Khairy terhadap Perkasa kelmarin.

Dalam kenyataan yang dilihat menyindir pendirian Perkasa dalam isu-isu tertentu, Khairy memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.

Menyangkal tanggapan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad bahawa Umno kini ‘tenggelam’ di sebalik aktiviti Perkasa yang dipimpin Ibrahim, Khairy berkata, bukan setiap ahli parti dominan Barisan Nasional itu menyokong pertubuhan tersebut.

“Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar,” kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Kedua-dua wakil rakyat itu mengambil bahagian dalam Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi.

Dipetik New Straits Times, Khairy sekali lagi melahirkan pendirian menentang isu-isu yang dibawa oleh Perkasa sejak kebelakangan ini.

Jun lalu kedua-dua Khairy dan Ibrahim terlibat dalam perang kenyataan dengan ketua Perkasa itu mempertikaikan kepimpinan Khairy sambil menegaskan beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.

eklle leee MACAM CERITA TAK BIASA DENGAR....

cerita macam ini selalu sangat berulang kembali sampai nak BASI didengar Rakyat...entah entah SULTAN takdepepe..yang siPengerusi kerusikan UMNOBN yang lebihlebih sangat...cari le dialog baru atau SUSPEN SIKIT....ini dialog camntu aje..macam kita serupaaje.....


Teo kunjung surau: Sultan S'gor amat murka
Ogos 27, 10 6:15pm


Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.

Sehubungan itu, pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, pihaknya diarahkan mengambil tindakan segera dan tegas ke atas surau terbabit.

Tunggu dan Lihat..Maruahnya setinggi mana..?

ek ekelee..Dasyhat no MENTERI kita ini cukup bermaruah..mempertahankan tindakan Kakitangan Malaysia..tapi kita tunggu dan lihat setinggi mana MARUAH siMenteri ini....
Tiada sejarah dalam Malaysia.... yang sanggup Letak Jawatan bila Maruah dan Harga diri DICABAR pihak tertentu..


Tangkapan pegawai Indo: M'sia tak akan minta maaf
Malaysia tidak akan meminta maaf atas insiden penangkapan tiga pegawai kementerian kelautan dan perikanan Indonesia yang didakwa menceroboh ke kawasan perairan Malaysia baru-baru ini, sekalipun benar mereka telah digari dan dipakaikan baju banduan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

"Kalau betul mereka digari dan sebagainya kita tidak meminta maaf kepada sesiapapun sebab itu adalah undang-undang negara kita, dan sesiapapun yang masuk ke negara Malaysia haruslah menghormati undang-undang Malaysia," katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan rombongan Duta Belia 2010 Indonesia di Wisma Putra di Putrajaya, semalam.

Anifah mengulas tuntutan parlimen Indonesia yang mahu Malaysia meminta maaf kerana menggari dan memakaikan baju banduan kepada tiga petugasnya itu.

Bagaimanapun, Anifah berkata beliau sedia berbincang dengan kementerian dalam negeri untuk menyemak semula prosedur berkenaan sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak, memandangkan pencerobohan kawasan itu bukanlah jenayah yang berbahaya.

Pada masa yang sama, Anifah berkata Malaysia tidak mengharapkan permohonan maaf daripada Indonesia berhubung tindakan rakyatnya yang melempar najis ke kawasan kedutaan besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu.

Ini memandangkan ia hanya perbuatan segelintir pihak dan bukannya mewakili seluruh rakyat dan kerajaan Indonesia, katanya.

Dalam perkembangan lain, Anifah berkata pihak media, dari kedua-dua Malaysia dan Indonesia juga harus bertanggungjawab dengan laporan masing-masing, dengan memberi laporan yang tepat berdasarkan fakta dan menjaga sensitiviti antara negara.

"Saya menyokong kebebasan media, tapi janganlah kebebasan media itu sehingga mengundang masalah yang lain. Janganlah kebebasan media itu digunakan oleh orang yang punya agenda yang lain," katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat jemaah menteri pada Rabu lalu sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan meminta rakyat Malaysia supaya bersabar dan bersikap rasional dengan mengelakkan kejadian yang sama di negara ini.

Anifah berkata kementerian dalam negeri juga diminta untuk memastikan keselamatan warga Indonesia di negara ini tidak terjejas berhubung insiden itu.

Katanya Malaysia berharap Indonesia dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan "perlakuan keji" tersebut memandangkan tanah Kedutaan Besar Malaysia itu mempunyai keistimewaan dan kekebalannya sendiri sepertimana yang tertakluk mengikut Artikel 22 Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik 1961.

Beliau berkata lebih-lebih lagi apabila ketua kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang mendalangi serangan itu sendiri mengakui melakukan perbuatan berkenaan dalam blognya, yang boleh dijadikan bahan bukti.

"Jika ia salah di sisi undang-undang Indonesia, saya harap tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat. Tetapi saya bukannya mahu mengajar Indonesia mengenai apa yang mereka harus lakukan mengikut undang-undang mereka. Kita menghormati," katanya.

ha ha ha umnobn ..berani ke..?

kerja-kerja macam ini dah jadi biasa bagi umnosekeluarga..nilai sendiri siapa yang betul siapa yang salah...hanya SURAT sokongan bagi dapatkan Projek ...k`jaan ..Ahli Majlis di pecat..tapi kalau keadaan ini berlaku dikeluarga UMNOBN..fuuuhhhh....getar lutut pegawai yang luluskan Projek kepada orang yang memiliki SURAT SOKONGAN...surat sokongan hanya dari KETUA KAMPUNG UMNOBN..lulusan darjah tiga..saja....dulu tak sekolah..tuang sekolah kerana g lekat poster Bn dapat nasilemak free...itu standart KK umno BN..

DAP kekalkan hukuman pecat ahli majlis MPK

PETALING JAYA, 26 Ogos — Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu memecat bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock berhubung isu surat sokongan politik.

“Keputusan jawatankuasa disiplin adalah betul dan adil,” kata Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini.

Tee dipecat oleh parti awal bulan ini berhubung isu kontroversi mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan projek kerajaan negeri.

Penerima salah satu surat sokongan adalah syarikat milik anak Tee.

Kemudian beliau juga dipecat sebagai ahli MPK.

“Kesemua faktor telah diambil kira oleh jawatankuasa disiplin dan tiada apa-apa yang perlu ditimbangkan oleh CEC lagi” kata Karpal.

Kata beliau, di bawah perlembagaan parti CEC adalah badan terakhir rayuan dan Tee telah menggunakan kesemua ruang ada baginya.

Thursday, August 26, 2010

DARI BLOG UMNO BENGGONG...

cina berucap tak boleh tapi bina masjid boleh...namakan satu masjid yang takkena air tangan cina..apasalah kalau diberucap sebelum atau selepas terawikh..takut tinggal terawikh saja ke soal UMNO di selangor..soal kena ada tauliah kalau nak mengajar ada lahle ajaran sesat dari UMNO sendiri..Teo ini menagajr atau pun berucap baghlal..tidak ada apa penghinaan pun kepada islam cuma tamparan kepada UMNOBN...sebab UMNOBN hanya nampak DAP sebagai cina..MCA atau pun GERAKAN taknampak macam cina.ke..wahai UMNO BODO PIANG..?

DAP BIADAP CEMARKAN RUMAH IBADAT MELAYU ISLAM DEMI KAUT KEUNTUNGAN POLITIK


Kafir DAP tak bertauliah boleh pulak berucap dalam Masjid?


Masjid Nurul Ehsan, Kg Medan Selangor menolak kunjungan PM untuk berbuka bersama rakyat.

Sebelum itu timbul masaalah kerana kesilapan surat menggunakan letterhead UMNO. Akhirnya Khalid dan Hasan Ali masuk campur dan minta JPM hantar surat. Syarat ditetapkan adalah hanya Imam dan PM saja boleh berucap.

Ini berucap bukan ajar ugama atau beri khutbah perlu tauliah. Noh Omar dll tak boleh berucap. Konon nak balas UMNO yang timbulkan isu mempolitikkan masjid. Baca teguran terhadap kedua-dua berkenaan kisah ini di ABITW sini.

Dalam PAS tahan 'orang UMNO' berucap, DAP dibenarkan tazkirah?

DAP Bagi Tazkirah Dalam Surau

22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral.

Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau.

Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama adaTeoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.

Ini satu penghinaan kepada umat Islam. Apakah sampai tiada langsung wakil rakyat Islam untuk dijemput ke surau tersebut? Apakah tiada tempat lain untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan hingga terdesak membawa masuk DAP memijak sejadah di saf pertama untuk memberi tazkirah?

Baca seterusnya di Angin Perubahan
Mungkin ada bersikap UMNO tidak berubah yang buat rakyat dan orang ramai mahu ajar dan lepas geram.

Tapi awas kita dengan helah DAP ....

Mereka mendekati dan mengambil hati orang Melayu untuk dapatkan undi dan kuasa. Bila dah dapat kuasa macam di Pulau Pinang, Singapura, Perak, dan Selangor, apa dah jadi?

Jangan nafikan, Melayu dan India dilayan macam binatang!

Mereka tidak peduli. Kita komplen dia reka macam seplain.

TULISAN - UNSPINNERS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails