BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, August 18, 2010

Kekejaman ...kehilangan ..dan kenangan

Ramadan Azamuddin sunyi tanpa Aminulrasyid

kes ini nak selesai pun berbulan-bulan....bukti cukup dan terangan,,apa punya pemerentahan le ini..?


Azamuddin mengakui suasana Ramadan tahun ini jauh berbeza ekoran ketiadaan lagi rakannya Amirulrasyid Amzah.

SHAH ALAM, 18 Ogos — Berbanding sepanjang kira-kira satu dekad, Mohamad Azamuddin Omar — rakan Amirulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak polis dekat rumahnya lebih tiga bulan lalu, merasakan kelainan amat mendalam kali ini.

Perbualan singkat dengannya di sini malam tadi dapat melihat yang Ramadan tahun ini tidak lagi semeriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dia sudah tidak lagi dapat melakukan aktiviti bersama dengan Aminulrasyid.

“Saya sudah kenal Aminulrasyid sejak darjah empat lagi dan setiap tahun kami pasti akan menyambut Ramadan bersama.

“Tapi Ramadan tahun ini agak sunyi dan sepi kerana tiada lagi gelak tawa Aminulrasyid,” kata Azamuddin kepada The Malaysian Insider.

Aminulrasyid, 15, mati ditembak polis dekat rumahnya di di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 pada April lalu.

Azamuddin, 15, ketika itu juga berada dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika kejadian itu pada awal pagi 26 April.

“Kebiasaannya setiap kali Ramadan saya dan Aminulrasyid pasti akan solat tarawih bersama, main mercun, beli barang raya, melepak dan macam-macam aktiviti lain lagi.

“Tapi tahun ini semuanya tinggal kenangan,” katanya Azamuddin.

Pelajar Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 itu berkata, pada hari pertama Ramadan beliau turut menangis.

“Saya menangis pada satu Ramadan kerana terkenangkan Allahyarham.

“Kalau dulu beliau (Aminulrasyid) sering bersama tetapi kini tidak lagi.

“Walaupun kawan-kawan lain ada tapi Allahyarham ini seorang yang rapat dengan saya,” kata anak keempat dari enam adik-beradik itu.

Keluarga Aminulrasyid masih menuntut supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan supaya perkara sama tidak berlaku kepada keluarga lain dan kematian Aminulrasyid terbela.

Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah.

Menurut Azamuddin, walaupun Aminulrasyid sudah tiada namun beliau tetap menemui keluarganya.

“Saya ada juga menemui keluarga Aminulrasyid untuk bertanyakan khabar mereka.

“Walaupun masih bersedih namun mereka terpaksa juga menerima kenyaataan ini,” katanya.

Tambahnya, pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang menyambut Ramadan adalah ketika Aminulrasyid bermalam di rumah kerana keluarganya balik ke kampung.

“Saya ingat lagi ketika Aminulrasyid dan seorang lagi kawan menemani saya di rumah kerana ketika itu saya tinggal seorang sahaja, ahli keluarga lain tiada di rumah.

“Sepanjang malam itu, kami berbual macam-macam perkara dan kami juga keluar jalan-jalan kerana bosan duduk di rumah.

“Ketika itu ia memang menyeronokkan ditambah pula dengan Aminulrasyid yang suka ketawa dan ia satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan,” katanya.

Azamuddin berkata segala kenangan dan pengalaman ketika bersama Aminulrasyid akan diingati sampai bila-bila.

“Saya tetap akan ingat kenangan itu kerana Aminulrasyid adalah kawan saya.

“Sekarang ini ramai kawan-kawan lain memberikan sokongan kepada saya supaya fokus kepada pelajaran.,” katanya yang akan mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seksyen 11 yang tidak mahu dikenali berkata Azamuddin kini sudah kembali pulih daripada trauma yang dialaminya.

“Azamuddin sekarang sudah semakin pulih, kalau waktu mula-mula beliau memang mengalami trauma teruk.

“Namun selepas banyak pihak memberikan sokongan kepadanya, dia sekarang nampak lebih kuat dan fokus semula kepada pelajaran terutamanya untuk menghadapi PMR tidak lama lagi,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails