BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, August 19, 2010

INI MASAALAH BESAR POLISSSSSSSSSSI..

KAWAN YANG BUAT TUDUHAN SAMPAI MENDAKWA ADA BUKTI KUKUH SEKUKUH DINDING BATA..tunggu apa lagi...sampai arjunan di tembak mati .baru nak siasat...aduh aduh..ini jadinya polis kalau terlalu banyak makan benda-benda yang tak halal..

Seorang anggota PKR, MS Arjunan hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi satu panggilan telefon, petang semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Brickfield di Kuala Lumpur, Arjunan berkata laporan polis itu dibuat kerana khuatir terjadi sebarang perkara yang tidak diingini terhadap diri dan anggota keluarganya.

Beliau mendakwa menerima panggilan berkenaan 3.39 petang semalam dari seorang lelaki berbangsa India yang tidak dikenali yang memaki serta mengugut untuk membunuhnya dan keluarganya.

Sabtu lalu, Arjunan membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahterahan Bandar, Datuk M Saravanan yang didakwanya mendalangi kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran dan gangsterisme di Brickfields.

Beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaannya itu namun telah diserahkan kepada peguamnya untuk didedahkan setelah kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata selagi Arjunan tidak mengemukakan bukti yang dimiliknya, selagi itu juga polis tidak dapat meneruskan siasatan.
BACALAGI..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails