AH AH AH kerja siapa.....RAMAI DAH TAHU..?
ini dia perangai sebenar UMNOBN..walau macam mana sekali usaha untuk memberi pengajaran atau mengajar..masih tidak dapat menerima pandangan dan idea orang..sebab utamanya otak-otak dan pemikiran merera TELAH DILEMBUKAN sekian lama oleh PIMPINAN AGUNG MEREKA......hanya layak dan menunggu untuk disembelih pimpinan mereka..itu yang KOMEN ATAU maki hamun dengan kata-kata yang cukup biadap..yang saya telah deletkan ..Umno, pembangkang berlumba bersihkan surau
Sempena Ramadan yang mulia, mungkin inilah yang semua orang harapkan, pemimpin Umno dan pembangkang berlumba-lumba membersihkan surau yang menjadi mangsa perbuatan khianat semalam.
"Saya telah mengarahkan Pemuda (Umno) Negeri Sembilan untuk bergotong-royong memperbaiki surau yang dicemar.
"Mereka sudah berada di surau," kata ketua Pemuda pergerakan itu Khairy Jamaluddin (kiri) di laman Twitter kira-kira sejam lalu.
Manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah) - yang menentang Khairy di parlimen Rembau dalam pilihan raya umum lalu - berkata pihaknya pagi ini telah menemui jawatankuasa surau berkenaan.
Badrul bersama NGO yang diasaskannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu menawarkan bantuan bagi membaiki semua kerosakan akibat disimbah cat dan dibaling botol arak itu.
"Sekeliling surau itu, termasuk pagar perlukan cat baru."
Awal pagi semalam, sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban disimbah cat merah dan dibaling botol arak.
Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail dilaporkan berkata kejadian itu disedari oleh jemaah semasa solat subuh.
Beliau menjangkakan perbuatan khianat itu berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi.
No comments:
Post a Comment