dah sibanggal ini pun mengaku tak tahu hukum hakam..diam aje..banglal...tapi atas dasar UMNO nya..dia kena bawa fitnah ini merata..itu asas menjadi ketua cawangan UMNO...ahhh...kalau TUMBUH TANDUK kat dahi hang pun aku takkan caya cakap siketua UMNO..baglal.semacam ini...ha ha ha ha ha
“Memang ada doa”
JELUTONG – Bukan baru-baru ini tetapi kira-kira dua hingga tiga bulan lalu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng disebut dalam bacaan khutbah solat Jumaat di Masjid Jamek Jelutong.
Ketua UMNO Cawangan Jelutong, Abu Kassim Ismail berkata, beliau yang ketika itu berada dalam masjid agak terkejut kerana nama Guan Eng disebut bagi mengantikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Menurutnya, khatib yang membaca khutbah mungkin khatib jemputan kerana bukan yang biasa bertugas di masjid berkenaan.
“Masa itu saya agak hairan kerana selepas mengucapkan semoga Guan Eng sejahtera, saya cuba mendapatkan nama khatib di papan kenyataan masjid tetapi tidak tercatat apa-apa.
“Biasanya ada ahli jawatankuasa masjid akan tulis nama khatib bertugas tetapi kali ini tiada, jadi sukar untuk saya mengenalpasti dari mana khatib itu dibawa, tetapi kemudiannya saya terus membawa perkara ini kepada ketua saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa nama Guan Eng digunakan dalam doa bacaan khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang Dipertuan Agong.
Antara masjid yang terlibat termasuk Jelutong, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.
Tinjauan di Masjid Jamek Jelutong semalam mendapati bacaan khutbah hanya memfokuskan mengenai bayaran zakat.
Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya nama Guan Eng disebut namun tidak patut pula nama Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri dilupakan.
“Saya pun tidak tahu hukum hakam fatwa mengenai nama orang bukan Islam disebut dalam khutbah ini, tetapi bagi saya membelakangkan ketua agama negeri adalah salah dan dianggap tidak patut,” katanya.
No comments:
Post a Comment