RUPANYA BINGAI SUNGGUH SI TPM..KOMEN TANPA USUL PERIKSA..LEEE..SIAN NO MSIA..MEMPUNYAI TPM SEDEMIKIAN AKAI..UHH KOMEN..TTG ADIL ..KOMEN ENTAH APA...DIA SENDIRI ITU BAGGLAL ATAU DI BAGGLAKAN OLEH PEMBANTU DIA WALLAHUALAM...TAPI DARI IRAS MUKA..WAAAA RASA..DIA MMG DARI PUAK -PUAK BAGGLAL @ BINGAI..HA HA HA HA..BINGAI BUKAN SEBARANG BINGAI..BINGGAI PIANGGGG.
Dengar masalah mereka - TPM
|
|
KUANTAN 9 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerajaan Pulau Pinang tidak adil kerana enggan membenarkan peniaga Melayu berniaga di Bazar Ramadan, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sempena kedatangan bulan puasa.
Beliau berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan kepimpinan sebenar Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang sering melaungkan kerajaan membela rakyat sedangkan hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.
Tambahnya, langkah yang diambil itu bukan sahaja menyusahkan rakyat malah menindas mereka dan ia satu perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan.
"Guan Eng kata dia berlaku adil. Kalau adil, dia kena ambil kira semua perkara.
"Bagi saya ia satu tindakan yang tidak adil. Sepatutnya Guan Eng patut mendengar masalah mereka dan jangan ambil langkah yang boleh menimbulkan kemarahan dan kesulitan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategi Biodiversiti-Bioteknologi Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Muhyiddin diminta mengulas tindakan pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan di tingkat tiga kompleks tersebut seperti yang dilakukan pada setiap kali bulan puasa.
Kesemua 27 peniaga terbabit telah membuat persiapan untuk memulakan perniagaan pada Sabtu lalu tetapi kecewa apabila sehari sebelum itu PDC memaklumkan tentang larangan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kebanyakan peniaga di situ telah berniaga berpuluh-puluh tahun dan setiap kali tiba bulan Ramadan ramai peniaga akan berniaga di situ.
Menurut beliau, kebanyakan pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi kelonggaran dan kebenaran mencari tempat baru untuk peniaga menjalankan perniagaan pada bulan Ramadan.
Bagaimanapun katanya, keadaan itu berbeza dengan kerajaan Pulau Pinang dalam melayan peniaga kecil terbabit dan sepatutnya masalah itu tidak patut berlaku.
No comments:
Post a Comment