Rumah 'warisan' yang tidak diperlukan...
Georgetown, ibu negeri Pulau Pinang boleh berbangga dengan bangunan pencakar langitnya dan pada masa yang sama dengan statusnya sebagai tapak warisan Unesco yang meraikan ulang tahun keduanya dalam acara gilang-gemilang bulan lalu.
Antara mereka adalah pasangan Md Abu Bakar Abbas, 58 dan isterinya Majimin Mohamad Yusoff, 50 yang menghuni di Jelutong - mereka tinggal di sebuah pongok usang yang menunggu masa untuk menyembah bumi di kawasan paya yang memeritkan hidung.
Pondok pasangan warga emas itu kekurangan banyak kemudahan asas. Ia hanya mempunyai tempat memasak, katil dan beberapa perabot usang dan telah bertahan sejak hampir 40 tahun lalu di Kampung Jalan Kota Giam.
Dapur dan sebahagian daripada bilik air yang didirikan dengan kayu lapis yang kini reput dan hanya menunggu masa sebelum ranap. Namun pasangan itu belum bercadang untuk berpindah kerana mereka tidak mempunyai pilihan.
Terdapat 34 rumah kayu dan 250 orang menghuni di Jalan Kota Giam yang kini menjadi paya setelah Lebuhraya Jelutong bernilai RM700 juta yang terletak berhampiran siap dalam 2006. Kampung itu terletak di kawasan tanah kerajaan negeri dan betaraf sementara.
Menurut beberapa penduduk, kampung ini asalnya didirikan di sebuah pantai yang cantik yang dinamakan Pantai Jelutong tetapi mereka pada 1998 diarahkan berpindah. Namun projek perumahan itu terbelangkai dan tidak diteruskan.
Majimin, terpaksa berhenti bekerja bagi menjaga suaminya yang lumpuh dari bahagian pinggang dan ke bawah sejak tahun 2007.
Ini kerana Abu Bakar, yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan dan juga nelayan pada waktu terluangnya diserang angin ahmar dan menghadapi kesulitan bertutur serta amat bergantung kepada isterinya untuk menjalani kehidupan hariannya.
“Saya terpaksa lakukan segala-galanya untuk dia, bagi dia makan, minum, mandi, dia tak boleh semua itu sendiri,” kata Majimim.
Keadaan Majimin sendiri juga boleh dikatakan tidak terurus dengan keadaan kesihatannya dilaporkan tidak baik. Dia juga menghadapi masalah pendengaran dan menghadapi kesukaran mencari pekerjaan baru. Pasangan ini tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap kecuali RM300 yang Abu Bakar terima setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagaimanapun baru-baru ini, jawatankuasa masjid melakukan kerja-kerja membaik-pulih rumah pasangan itu tetapi berkata mereka memerlukan RM15,000 lagi bagi melengkapkan kerja mereka.
Simpanan KWSP Abu Bakar yang hanya berjumlah RM2,800 telah digunakan untuk membuat kerja-kerja permulaan baik-pulih berkenaan.
“Banyak sektor telah menjalankan tanggung-jawab mereka termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan ADUN Sungai Pinang Koid Teng Guan,” kata Khairil Annuar, yang juga adalah ahli jawatankuasa PKR cawangan Jelutong.
“Kami berharap lebih ramai orang akan tampil bagi membantu pasangan ini mendapatkan rumah yang lebih baik sebelum hari raya,” katanya.
No comments:
Post a Comment