BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, August 28, 2010

Benggong Punya UMNOBN..baru nak jinak-jinak..!

ini satu lagi TANDA-TANDA.umnobn..BUSUK DAN BENGGONG SAMPAI KE USUS KECIL...BARU ADA ORANG NAK JINAK-JINAK DENGAN ISLAM dipulas dan dicekak nya siManusia-manusia Benggong agar ..orang itu jauhi dari ISLAM...Lihatle betapa cilakonya Pimpinan UMNOBN memainkan isu Teo ini..asalkan sicilako ii dapat terus menguasai dan tak hilang Pengaruh..aduhhhh..tambah lagi manusia-manusia yang berpakain agama diPejabat Agama sanggup menjilat punggung-punggung sidajjai yang mengeluarkan taik dari usus yang busuk tadi...ini nasib negaraku buat masa ini...AYUH BANGKIT SEMUA RAKYAT..KITA HAPUSKAN KEZALIMAN INI..

Masuk surau: Teo akan perjelas kepada Sultan Selangor
Harakahdaily
PETALING JAYA, 28 Ogos: Ahli Parlimen DAP bagi Serdang Teo Nie Ching kesal dengan tindakan pihak tertentu mempolitikkan isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang sehingga menimbulkan keresahan umat Islam.

Beliau dalam satu kenyataan berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.

"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.

Menurutnya lagi, setelah menyampaikan sumbangan untuk memperbaiki pagar surau, beliau telah dijemput berucap pada majlis tersebut.

"Saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor," jelasnya.

Ekoran isu tersebut telah dipolitikkan, beliau sedia mengambil langkah lebih berhati-hati agar perkara sama tidak berulang.

Beliau juga akan akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, mengenai perkara tersebut.

"Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails