Pakaian ketua menteri habis dalam 15 minit
JANGAN SAMPAI TAK BERPAKAIAN PULAK NANTI..MELAKA – Sejak dua bulan lalu pasar jualan ‘Car Boot Sale’ Autocity di Ayer Keroh hambar dan kurang sambutan.
Namun keadaan bertukar rancak apabila sepasang suami isteri muncul di pasar jualan itu dengan memperagakan pelbagai jenis baju dan topi cenderamata baru pada harga serendah RM3 satu.
Sebaik sahaja mereka membuka but kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Harrier, pasangan itu terus diserbu bukan semata-mata kerana barangan yang dijual adalah murah tetapi pasangan itu sebenarnya ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman.
Dalam masa 15 minit sahaja, kesemua barangan yang mereka jual habis dibeli dengan kutipan hasil RM266.
No comments:
Post a Comment