HAAARAPAN SETINGGI GUNUNG BERDERAI MANJADI DEBU...umnoka dia umnoka dia..selagi diOKU..memang susah nak heret dia kemahkamah..sebab sekarang mana ada lagi MAHKAMAH MALAYSIA..SEMUA TELAH DITENDER dan dibeli oleh AMNONOGOKGOK.. TAPI APA PUN TERUSKAN DENGAN USAHA-USAHA MURNI ANDA.. Larangan CD 'Allah': Syed Hamid mungkin diheret |
CD berkenaan dirampas di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur pada 2008 apabila Jill cuba membawanya pulang dari Jakarta, tetapi dilarang semata-mata tertera perkataan 'Allah' dicetak pada pembalutnya.
Beliau kemudiannya menerima sepucuk surat dari kementerian dalam negeri memaklumkan pemilikan CD berkenaan adalah tidak sah dan beliau juga gagal membayar duti kastam.
Menurut kementerian berkenaan, CD tersebut mengancam keselamatan kerana ia melanggar peraturan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan menggunakan perkataan yang dilarang.
Atas alasan itu, peguamnya memohon supaya Syed Hamid tampil ke mahkamah untuk menjelaskan tindankannya kerana beliau merupakan menteri tersebut semasa kejadian.
"Jadi, kita ingin tahu apa sebenarnya ancaman itu, dan bagaimana ia boleh bermula serta siapa yang diancamnya?
“Perkataan 'Allah' telah digunakan oleh komuniti Kristian di Sabah dan Sarawak untuk ratusan tahun dan secara tiba-tiba kami diberi surat daripada menteri melarang perkataan itu. Kenapa?” soal Annou ketika dihubungi oleh Malaysiakini.
Katanya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka menetapkan tarikh bagi mendengar permohonan itu tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment