BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, August 27, 2010

ha ha ha umnobn ..berani ke..?

kerja-kerja macam ini dah jadi biasa bagi umnosekeluarga..nilai sendiri siapa yang betul siapa yang salah...hanya SURAT sokongan bagi dapatkan Projek ...k`jaan ..Ahli Majlis di pecat..tapi kalau keadaan ini berlaku dikeluarga UMNOBN..fuuuhhhh....getar lutut pegawai yang luluskan Projek kepada orang yang memiliki SURAT SOKONGAN...surat sokongan hanya dari KETUA KAMPUNG UMNOBN..lulusan darjah tiga..saja....dulu tak sekolah..tuang sekolah kerana g lekat poster Bn dapat nasilemak free...itu standart KK umno BN..

DAP kekalkan hukuman pecat ahli majlis MPK

PETALING JAYA, 26 Ogos — Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu memecat bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock berhubung isu surat sokongan politik.

“Keputusan jawatankuasa disiplin adalah betul dan adil,” kata Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini.

Tee dipecat oleh parti awal bulan ini berhubung isu kontroversi mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan projek kerajaan negeri.

Penerima salah satu surat sokongan adalah syarikat milik anak Tee.

Kemudian beliau juga dipecat sebagai ahli MPK.

“Kesemua faktor telah diambil kira oleh jawatankuasa disiplin dan tiada apa-apa yang perlu ditimbangkan oleh CEC lagi” kata Karpal.

Kata beliau, di bawah perlembagaan parti CEC adalah badan terakhir rayuan dan Tee telah menggunakan kesemua ruang ada baginya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails