polis polis...waaaa sudah ingat..ini semua sudah jadi POLIS BN UMNO...TAPI MAKAN GAJI ITU DUIT RAKYAT... Peluru M-16: Polis siasat kemungkinan hantar sendiri |
Bercakap kepada pemberita selepas keluar daripada balai polis tersebut, Pua berkata beliau dan pembantunya perlu memberikan sampel DNA kepada polis untuk membantu siasatan.
Polis juga meminta untuk mengambil cap jari pembantunya, yang bertanggungjawab membuka kiriman tersebut, kata Pua.
Katanya, cap jari itu akan diambil di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya, manakala sampel DNA kedua-dua mereka akan diambil di Pusat Kesihatan Universiti Malaya di Petaling Jaya.
Tambahnya, beliau juga telah merujuk peguam Gobind Singh Deo yang memaklumkan bahawa proses untuk mengambil sampel tersebut adalah prosedur biasa siasatan polis.
Katanya lagi, beliau hanya diberitahu untuk ke IPD Petaling Jaya dan ke hospital berkenaan dalam pertemuannya dengan seorang pegawai penyiasat di balai polis tersebut sebelum ini.
"Tempoh itu lama sebab saya terpaksa menunggu," katanya lagi dan menjelaskan tiada apa-apa keterangan lanjut diambil daripadanya.
Pada
Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani?
"Sekarang lu mau apa?
"Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas.
"Apa pasal?
"Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah tau.
"Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri."
Pembantunya itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira dua jam selepas itu.
Pua yang menyifatkan insiden itu sebagai "tindakan pengecut" berkata, perbuatan itu mungkin berpunca daripada pandangan yang diutarakannya dalam satu majlis dialog pada 26 Julai lalu.
Jelasnya, dalam dialog Bajet 2011 kerajaan Selangor itu, beliau telah mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan diskaun Bumiputera untuk membeli hartanah mewah.
"Isu ini kemudiannya dimainkan oleh Utusan Malaysia dan Umno," katanya pada satu idang media yang turut dihadiri dua orang ahli parlimen Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).
"Tidak ada cara yang boleh menjustifikasi tindakan seperti ini," katanya lagi yang mempunyai dua orang anak.
Jelasnya, cadangannya itu bertujuan supaya diskaun berkenaan digunakan untuk membantu golongan miskin dan bukan untuk terus membantu golongan berada.
Tambahnya, beliau menyerahkan cadangan tersebut untuk dipertimbangkan oleh kerajaan Selangor.
No comments:
Post a Comment