BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, October 10, 2010

ANTARA beberapa DARJAT....

Dalam negara ada rakyat mampu membelanjakan hampir jutawaan ringgit hanya untuk memeriahkan Majlis Perkahwinan mereka..masih ramai lagi rakyat dalam negara..yang hanya kais pagi makan pagi..kais petang ..simpan. untuk makan esok..Majlis Perkahwinan yang wajib nya hanya Ijabkabul..kos bukannya tinggi sangat..hanya sekitar rm300 dah boleh siap termasuk maskahwinnya..sekitar rm111.00..tetapi kekayaan luarbiasa sesetengah orang mendorong mereka memikirkan sesuatu diluar kemampuan Insan Biasa..hinggakan ..hanya untuk pose bergambar sanggup masuk dalam akuarium,masuk hutan,naik bukit dan macam-macam kerenah....majlis seprti dibawah ini kalau tak dijemput Bigmama...jaga kau Muszaphar..akan dimigrain kau ke angkasa......siap boleh maenjadi..asap dalam DEBU...haha ha ha ha..

Perkahwinan Angkasawan Negara Muszaphar temakan ‘Kayangan’ hari ini

October 10, 2010
Pasangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina merakamkan gambar ini dengan mendaki Bukit Broga, Semenyih. — Gambar ihsan CandidSyndrome
KUALA LUMPUR, 10 Okt — TIga tahun lalu negara memberi tumpuan ke atas program angkasa lepas negara yang dijayakan oleh Angkasawan Negara pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Hari ini, negara sekali lagi memberi tumpuan ke atas beliau, kali ini majlis perkahwinan beliau yang mengabdikan kepada angka “10.10.10”.

Majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang.

Perkahwinan yang paling menjadi tumpuan tahun ini akan disiarkan secara langsung oleh TV3 2 petang ini dan kemudian pada sebelah malam.

Dr Sheikh Muszaphar telah menjemput lebih 100 angkasawan dari seluruh dunia untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau dan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos.

Antara angkasawan yang dijemput adalah Rakesh Sharma dari India, angkasawan pertama yang beragama Islam Putera Mahkota Arab Saudi dan angkasawan pertama China Yang Li Wei.

Difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.

Ramai yang menjangkakan majlis perkahwinan ini akan menjadi lebih gah daripada penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza pada 2006 dan penyanyi Mawi.

Berdasarkan laporan kos bagi perkahwinan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kira-kira RM500,000. Jumlah keseluruhan kos barangan yang ditaja lebih daripada RM9 juta. TV3 membayar RM1 juta untuk menyiarkan majlis perkahwinan beliau.

Jurucakap Dr Sheikh Muszaphar enggan memberitahu kos keseluruhan majlis perkahwinan itu, tetapi menurut sumber ia besar kemungkinan melebihi kos Siti Nurhaliza.

Kos jurukamera perkahwinan dan liputan video, jurukamera rasmi, Saiful Nang, mendedahkan jumlah komersial sebanyak RM90,000 tetapi hanya perlu membayar sebahagian sahaja.

Dia berkata, liputan perkahwinan itu melibatkan seramai 25 orang krew manakala krew yang lain akan ada pada majlis perkahwinan tersebut.

Program NONA stesen swasta itu akan membuat lintas langsung di sebalik persiapan bermula daripada hari pertunangan sehinggalah tiba masa untuk mereka akad nikah.

Antara selebriti popular yang bekerja di belakang tabir bagi menjayakan perkahwinan ini adalah Datuk Bernard Chandran (pereka baju) dan Datuk Mahadzir Lokman (pengacara majlis).

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina, 30, yang melangsungkan pertunangan di Hotel Klana Resort, Seremban pada 1 Januari lalu dan menetapkan 10 Oktober sebagai tarikh perkahwinan mereka bersempena tarikh angkasawan terbabit dipilih berlepas ke angkasa tiga tahun lalu.

Bertemakan “Pahlawan Melayu di Istana Kayangan”, pasangan berkenaan dijangka melangsungkan pernikahan pada waktu pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada orang ramai sebelum majlis resepsi pada malamnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Beliau ke angkasa lepas di bawah perjanjian dengan Russia melalui program Angkasawan Malaysia dan kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara di Muar dan memperoleh ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan dari Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Beliau menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia ketika menyertai program Angkasawan Malaysia.

Dr Sheikh Muszaphar merupakan seorang pakar bedah dan pegawai perubatan universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga model sambilan.

Beliau secara rasmi dipilih sebagai angkasawan oleh Roscosmos pada 9 Novembe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails