Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini. "DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. "Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah. "Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi. Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam. Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival |
2 comments:
Izinkan saya melihat dari sudut yang lain semoga tidak jauh terpisah dari arus perdana
Isu Festival Pakaian Islam
Tanya mereka sama ada tahu atau tidak siapa nama Mim.Ha.Mim. Dal itu.Atau bagi mereka itu nama biasa.
Kita tengok realiti kehidupan harian bagaimana kebanyakan wanita memakai pakaian kononnya Islamik.Rata-rata tidak tahu batas aurat.Cuma itu fesyen.Ini jelas!
Demikianlah peragawati-peragawati itu. Ada yang muslim dan ada yang bukan muslim.Manakala penganjurnya pula lebih menjurus kepada mengaut keuntungan .Mungkin bagi sudut pandangan mereka TULISAN itu hanya satu eleman untuk mencantikkan pakaian dan tidak lebih dari itu. Bagi mereka tulisan Arab cantik bila ditulis dalam bentuk khat.Contoh di dinding-dinding . Kemudian diperaga pula oleh peragawati yang cantik yang dicalitpula dengan solekan. Zahirnya nampak cantik.
Kebanyakan pakaian yang diperaga kan itu berbentuk jubah yang dipadankan dengan tudung dengan digubah sebegitu rupa sehingga terbelah,sendat ,nipis dan tudung yang menampakkan rambut dan mengenakan berbagai solekan. Bagi mereka itu sudah menampak pakaian dan pemakainya itu berunsur islam. Mereka tidak tahu pakaian wanita islam bukan sebagai fesyen semata sebaliknya ia lebih menekankan kaedah untuk menutup aurat. Selagi mereka tidak difahamkan konsep busana muslimah sebenar selagi itulah suasana pertunjukan sebegini akan dapat kita saksikan dan dianjurkan oleh orang Islam sendiri.BAGI MEREKA secara tidak langsung festival ini akan manaikkan imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.Nampak tak?Cantik dan Indah mempersona!
Saya rasalah bukan niat penganjur ,peserta dan penonton serta pelapor(media) untuk menghina Islam .Pada anggapan mereka (dengan kejahilan) dengan berbuat demikian seolah-olah(sesungguhnya) mereka memartabatkan Pakaian Wanita Islam. Padalah mereka sebenarnya orang-orang yang keliru dan jahil serta menjatuhkan imej Islam.
Oleh itu peranan orang muslim yang tahu agama untuk menjelaskan bukan dengan cara menyerang. Terangkan kepada mereka supaya perkara ini tidak berulang lagi.Sarankan/nasihatkan supaya pihak penganjur minta pandangan Ulama/Pakar Agama bagaimana garispanduan dan kaedah pemakaian dan atur cara untuk mengadakan Festival Busana Islam supaya menepati kehendak Islam.
Jadi tugas orang yang tahu agamalah menerangkan hal yang sebenar.Bukannya menyerang!
Tak perlu suruh Datin Rosmah bertaubat.Biarlah dia sendiri menyedari kesilapannya atau jika perlu pergi jumpa sendiri Datin Rosmah itu dan terangkan sebenarnya pakaian dan festival itu tidak menepati kehendak Islam dan penggunaan tulisan arab (yang menjadi kandungan Quran atau nama-yang menjadi simbol kebesaran/kemuliaan dalam Islam) bukan untuk diperagakan di tempat yang tidak layak dan sesuka hati.
Mampukah kita ! Bukannya berarak melauang-laung menyebut sekian-sekian tapi perlu meluangkan masa menerangkan hakikat pakaian Islam sebenar .Islam itu Indah!
Maaf jika saya salah,
(sudirumusibarat)
leee betul ke..rosmah ini jahil agama..tapi digempargemburkan sebagai pejuang ISLAM yang sebenar..?
takkan hang tak pernah nampak..umno dan ahlinya pejuang islam yg sebenarnya..sampaikan mufti @ufti mereka semua tuduh PAS mempergunakan agama utk kepentingan politik..dlm soal ini kenapa pulak perlu pas yang nasihat rosmah..mana mufti ufti mereka..?ah ah ah hang cakap dlm angan-angan..nak tunggu rosmah sedar sendiri..bila...kucing bertanduk atau lembu bercakap....leee dlm soal ini pandai pulak korang nak canon PAS...K`JAAN UMNO ADA PUSAT ISLAM,JAKIM,DLL..mana pegi semua jabatan ini..ada menteri agama..tidor ke..?kenapa tak berani komen atau tegur rosmah...ah ah ah..cakap biar berfakta..jgn cakap ikut sedap mulut..
Post a Comment