BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, October 11, 2010

sejak akhir akhir ini..semacam dah jadi LUMRAH kehidupaan Rakyat Malaysia..!

Bunuh,kerat,cincang,bakar dan macam-macam lagi gaya pembunuhan dah jadi Lumrah kehidupan sejak akhir akhir ini...kenapa.?.nak mengadu pada siapa..?Polis..?Pemerentah..?semua tuan penerimaa aduan ..diragui..?BALA BALA Allah diturunkan keatas Rakyat Malaysia..?
SEMUA INI MENJADI PERSOALAN...walau pun jawapan ada dihampir kebanyakkan Rakyat..yang beriman kepada ALLAH...!

Lelaki maut dibunuh kejam

SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan bertubi-tubi di kepala dan tangan kanannya putus, ditemui di Taman Kajang Utama, Kajang di sini, semalam.

Mayat mangsa, Rashid Abdullah, 31, ditemui orang awam di kawasan lapang di taman berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi, dalam keadaan mengerikan apabila mukanya hancur dan langsung tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, mangsa maut dipercayai ditetak dengan objek tajam.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan berlumuran darah, manakala tangan kanannya yang putus juga ditemui berhampirannya.

“Kami percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek dan senjata yang digunakan tidak ditemui,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai penyelia syarikat keselamatan itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam sebelum ditemui.

Menurutnya, polis sedang menyiasat sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayat dicampakkan di lokasi tersebut atau sebaliknya.

Shakaruddin berkata, polis masih menyiasat punca mangsa dibunuh kejam.

“Kami menolak kemungkinan mangsa disamun sebelum dibunuh kerana barang penting dan dokumen pengenalan diri masih ada bersamanya, namun kita akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, Shakaruddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8736222, bagi membantu siasatan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails