BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, October 19, 2010

Isi Tabung GALAS & BUKIT SAPI...?

Pesara polis diburu LHDN


Rahim menunjukkan surat tuntutan cukai daripada LHDN ketika ditemui di sebuah restoran di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pesara polis, Datuk Abdul Rahim Jani melahirkan rasa hairan kerana beliau masih 'diburu' oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) apabila dituntut melakukan pembayaran cukai sebanyak RM11,805.28 meskipun telah bersara pada Jun 2005.

Sebelum persaraan, bekas Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman itu terlebih dahulu sudah membuat pengisytiharan tersebut kepada LHDN mengenai statusnya untuk mendapatkan pelepasan cukai sejak awal tahun 2005.

Dakwa beliau, perkara itu telah disahkan oleh LHDN melalui sepucuk surat bertarikh 30 September 2005 mengenai pemberitahuan pelepasan cukai selepas bersara.

Namun Abdul Rahim, 61, berkata, selepas persaraannya, beliau masih menerima notis taksiran cukai pendapatan pada tahun 2005, 2008 serta 2009 tetapi peliknya notis yang sama untuk tahun 2006 dan 2007 tidak pula diterima.

Menurutnya, apa yang tertera pada notis itu ialah beliau perlu membayar cukai pendapatan atas pengisytiharan pendapatan yang dibuat walhal ia adalah wang daripada pencen yang diterima.

Katanya, untuk tahun 2005, beliau dituntut membayar sebanyak RM532.76, RM2,851.52 bagi 2008 dan RM8,421 untuk 2009.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails