PA Zahrain pulangkan RM1,000 wang 'haram'
Ismail Mohd Ali - pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang keluar PKR Februari lalu - hari ini memulangkan wang ehsan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas kematian ibunya.
Ismail menerima sumbangan itu melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun.
"Saya tidak mahu atau memerlukan wang ini. Biarkan ia dibelanjakan untuk orang miskin," katanya dalam sidang akhbar Umno bahagian di Bayan Baru untuk kira-kira 50 warga emas yang mahu memulangkan wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri.
Ismail, yang mendakwa beliau bukan ahli Umno, dan hadir di sidang akhbar itu atas kapasiti peribadi, menggesa Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap halehwal agama, Abdul Malik Abdul Kassim supaya jangan "bermain politik" dengan isu tersebut.
"Haram adalah haram. Abdul Malik tidak layak menjadi exco untuk halehwal agama," katanya.
Ini adalah kali kedua majlis seumpama itu diadakan untuk warga emas berhimpun bagi memulangkan wang ehsan sumbangan kerajaan negeri
1 comment:
inilah akibatnya apabila bertanya soal agama kepada keluarga sendiri...apabila bertanya soalan bodoh kepada keluarga maka dapatlah jawapan bodoh dari kelurga sendiri..lain kali tanyalah orang yg ada kebenaran untuk bercakap hal agama....inilah orang yg keluar PKR bersama zaharin....tempoh hari...org ramai tak ikut depa...last-last depa 2 orang saja keluar...
Post a Comment