BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, October 25, 2010

Tukang ..VS..Doktor..

ini bukan menyerang peribadi..tapi kenyataan...Rakyat harus mengetahui...tahap kelulusan dan kepandaian CALON yang bakal mereka memilih...

TERLETAK DITANGAN-TANGAN TUAN PUAN UTK MENILAI....SIAPA PILIHAN ANDA..DAN SIAPA YANG PALING LAYAK DIANTARA DUA ORANG INI..?

Biodata Calon PAS

Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed

Umur : 44 Tahun

Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966

Nama Isteri : Zainab binti Jalar

Umur : 30 Tahun

Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980

Kelayakan Akademik :

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.

Pengalaman Kerja :

1992 – Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.

1993 – Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.

1994 – Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.

1996 – Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerjaya Politik :

2003 – 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.

2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.

2005 – 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.

2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.

2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7

Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.

Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan

Dan ini pula calon UMNOk

Nama : Abdul Aziz Bin Yusof

Latar Belakang Pendidikan

Pendidikan Rendah : Sek. Kebangsaan Bertam, Gua Musang

Pendidikan Menengah Ting. 1 hingga 3 : Sekolah Menengah Jerantut

Pendidikan Menengah Ting. 4 hingga 5 : Sekolah Menengah Teknik Kuantan

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengurus Pejabat Operasi Kesedar di RPT Sg. Terah. Beliau mendapat tiga anugerah kehormat iaitu, Ahli Kelantan, Seri Mahkota Kelantan dan Pingat Pangkuan Negara.
Dalam parti, beliau kini adalah Setiausaha Bahagian UMNO Gua Musang serta merupakan Ketua Cawangan UMNO RPT Limau Kasturi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails