BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, October 28, 2010

WAAAAA Bandaraya TELUK INTAN mempunyai 2000 ahli kp..Dahsyaaaat.

Takkan kelapar nak undi 186 india di Galas...temberang sampai sembur keluar kat JUBURRRRR...leeee..SH Atau Pemberitaanya:SAIFULLAH AHMAD ini..ada pening Todiiii ke malam tadi...tELUK iNTAN besar mana nak ada ahli sampai 2000 orang..lagi pun Ketua DHPP Teluk Intan, Harcharn Singh ..enggan ulas..sebab dia pun naik poning kut...semenjak dia jadi Ketua ..mana ada sampai 2000 ahli..ahli apa..kelab kedai Todi ke..atau Ahli kelab benggong MIC..?yang sedapnya turut hadir dalam majlis todi menodi ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Mohd Azhar Jamaluddin, ...macam juga AZHAR PILUS DARI PP....


Dakwa 2,000 keluar parti


TELUK INTAN - Seramai 2,000 orang yang mendakwa mereka sebagai ahli Kelab Penyokong Pas (KPP) Kawasan Teluk Intan, keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pas Negeri Perak.

S Krishnan yang mendakwa diri sebagai ketua berkata, tindakan itu dibuat selepas mendakwa terdapat golongan samseng merebut jawatan dalam sayap Pas itu.

Menurutnya, Pas tidak membantu kaum India walaupun undi diberikan kepada parti itu semasa pilihan raya umum sebelum ini yang akhirnya memberi kemenangan kepada parti serta Pakatan Rakyat.

“Kami tak dapat apa-apa pun dan dia (Pas) cuma mahu pergunakan kami untuk kepentingan mereka sahaja.

“Mereka kata Pas untuk semua kaum tapi masyarakat India tak dapat apa-apa,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pejabat KPP Kawasan Teluk Intan, di Jalan Changkat Jong, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Mohd Azhar Jamaluddin,

Krishnan berkata, selain KPP kawasan Teluk Intan, 18 lagi kawasan di Negeri Perak akan mengikut jejak mereka.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media, Krishnan memberitahu Pas Negeri Perak tidak menghormati kaum India dan bertindak samseng.

Menurutnya, demonstrasi itu dibuat selepas kurang senang dengan tindakan Pas Perak melantik individu berbangsa Cina sebagai Ketua Dewan Himpunan Pas (DHPP) Negeri Perak dan mengetepikan ketua yang sebelumnya iaitu S Surianarayanan.

“Kami beri amaran, jangan bermain api,” katanya.

Pada sidang media itu juga, papan tanda pejabat KPP Kawasan Teluk Intan itu diturunkan dan beberapa orang yang mendakwa diri mereka sebagai ahli membuang kad keahlian sebagai simbolik kepada tindakan mereka keluar dari parti itu.

Sementara itu, Ketua DHPP Teluk Intan, Harcharn Singh yang ditemui bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan itu enggan mengulas lanjut.

Beliau memberitahu Sinar Harian bahawa pimpinan Pas Negeri Perak telah mengeluarkan arahan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga berita mengenai tindakan demonstrasi itu dikeluarkan dalam media.

Menurut beliau, Pas Negeri Perak akan meneliti laporan media itu nanti sebelum tindakan undang-undang dibuat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails