BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, October 27, 2010

Padan Muka hangpa..PENIAGA PASAR2 MLM,MINGGU DLL

Peniaga pasar Malam ,Pasar Minggu,gerai geraidan lain lian peniaga...apa hangpa nak buat...aku peduli apa..aku tak pernah pun sokong UMNOBN...aku akan terus tentang dasar-dasar mereka selagi..tidak ikut alquran dan sunnah..yang hangpa sokong mati-matian UMNOBN..ah ah ah apa hangpa nak buat lepai ini..pasar malam kena tutup..bungkus nak balik tanam jagung..ahhh mana ada tanah dah lagi habih UBN perait sesama mereka.....ah itu..apa lagi BUNGKUSKAN MEREKA DALAM PRU 13 Nanti..takkan itu pun aku nak ajar.....kamu AJAR MEREKA...


Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Isnin lalu.

Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana.

“Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu.

Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekrang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari.

Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.




baca seterusnya"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails