BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, October 21, 2010

DULU AIRMATA BUAYA JANTAN TUA....LENI BUAYA BETINA TUA PULAK..ha ha ha

buaya pekak dan buta.tak sedaq diri siapa sebenarnya yang dimaksudkan..siapa sebenarnya penderhaka dan bersalah dalam soal yang dia sifatkan sebagai menderhaka kpd ibu sendiri itu..?semua yang dia sebut duduk sekeliling dia dan semeja dgn dia..sebab buaya pekak ,bisu duit..itu yg taknampak..ha ha ha ha...ini fesyen dan stail UMNOGOK dulu kini dan selamnya...

jadi perisai dan juga sanggup dijadikan kuali goreng...digoreng yang sedap mulut yg memakannya...kuali goreng hanya dapat jadi hitam..ha ha ha

Wanita sedia jadi perisai


SEBAK... Shahrizat Abdul Jalil ketika berucap di Persidangan Perwakilan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Okt. – Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bersalah di sini undang-undang malah disifatkan sebagai menderhaka kepada ibu sendiri.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, ini kerana Perlembagaan Persekutuan adalah ‘ibu’ segala undang-undang di negara ini.

“Perlembagaan Persekutuan melindungi hak dan kepentingan semua rakyat iaitu Melayu, Cina, India serta kaum lain. Sebagai pencinta negara serta srikandi berjasa, Wanita UMNO tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dicabuli dan dicemari.

‘‘Saya mewakili lebih 1.3 juta ahli Wanita UMNO akan mempertahan dan menjadi perisai serta benteng kepada Perlembagaan Malaysia terutama Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153 daripada sebarang tentangan dan penghinaan,” katanya dalam ucapan dasar Persidangan Perwakilan Wanita UMNO di sini hari ini.

Tegas Shahrizat, pergerakan itu tidak akan berkompromi dengan tuntutan sesetengah pihak sehingga mencabuli peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan pada masa sama melindungi kepentingan sah kaum lain mengikut perkara sama.

Beliau turut mengajak semua pemimpin dan ahli Wanita UMNO supaya bersedia berkorban demi mempertahankan semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tentangan dan penghinaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails