Drama di Batu Sapi: Ansari terhumban ke laut
Kempen lesu pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pagi ini dirancakkan dengan 'drama kecil' apabila calon PKR, Ansari Abdullah terjatuh ke laut apabila jeti kayu yang dipijaknya tiba-tiba runtuh.
Ansari berjaya menyelamatkan dirinya tanpa sebarang kecederaan meskipun pakaiannya basah kuyup dan beliau kehilangan dua telefon bimbitnya.
"Ansari berkeras mahu melawat antara kawasan paling miskin di Sandakan bagi merayu undi. Semangatnya masih tinggi di sebalik kejadian itu.
"Kita tidak lihat ini sebagai petanda buruk, tetapi kejadian ini menunjukkan dengan jelas, BN telah gagal menjaga kawasannya, apa lagi membawa kemajuan. Jeti kayu pun mereka tidak boleh selenggara,” bidas Sim.
Menurut Sim, Pulau Timbang di perairan Sandakan yang mempunyai 227 pengundi Melayu-Bajau dan tinggal di rumah yang daif.
"Kejadian hari ini menunjukkan kerajaan tidak prihatin. Orang ramai bergantung bergantung kepada jeti ini setiap hari, malah kanak-kanak sekolah menggunakannya ke sekolah,” katanya.
Ansari, ketua cawangan PKR, Tuaran ditentang oleh presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon BN Linda Tsen dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi parlimen Batu Sapi.
Pengundian adalah pada 4 November ini.
No comments:
Post a Comment