BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, October 9, 2010

Dapat 1/2 pun jadi no..KAYOOOOO....Tapi..?

bangga dengan tindakan saman keluarga Mangsa...itu saja..hasilnya..tunggu mungkin 8 atau lebih tahun..makan minum kena di Gerai Sabar menanti leee..

Saman RM105j 27 Oktober


IPOH – Mahkamah Tinggi Ipoh menetap 27 Oktober ini bagi mendengar kes tuntutan RM105 juta yang difailkan bapa kepada tiga murid yang lemas dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan pada 20 November tahun lalu.

Peguam bela, A Sivanesan berkata, permohonan perbicaraan kes itu melibatkan defendan kesembilan iaitu syarikat kontraktor CWL Enterprise yang membina jambatan gantung itu.

Tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Adibah Husna Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh kelmarin.

Pada 26 Oktober tahun lalu, tiga murid yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan lemas selepas jambatan gantung yang mereka lalu terputus.

Mangsa, N Dina Devi dan V Divyashree masing-masing berusia 11 tahun dan N Devatharshini, 10, lemas akibat dibawa arus sungai.

Dalam saman itu, K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan menamakan guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, guru besar SJKT Gopeng, Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri dan Komandan Kem 1Malaysia Kuala Dipang sebagai defendan.

Pihak lain yang disaman ialah penderma jambatan gantung iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise, Menteri Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails