BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, October 7, 2010

MELAYU MUDAH LUPAAA.maaasih ke kau ingat....?

maaashi kau ingat..RUPANYA....HAMPIR TERLUPAAAAA....
Hisham, Polis Masih Enggan Minta Maaf
Oleh Fazli Othman
Tragedi_AMINULRASYIDSHAH ALAM 7 Okt - Keluarga serta ibu Allahyarham Aminulrasyid Amzah menuntut pihak polis serta Kementerian Dalam Negeri membersihkan nama remaja itu berhubung dakwaan beliau adalah seorang penjenayah.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein bertemu dengan keluarga remaja 14 tahun itu yang mati ditembak polis, 26 April lalu.

Beliau yang kesal dengan tindakan itu berkata Hishammuddin sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan Menteri kerana tindakannya yang tidak berani berhadapan dengan rakyat.

"Saya hendak maklumkan di sini, selepas dua kali kita menulis surat untuk mengadakan pertemuan, akhirnya kita berjumpa dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, itu pun dengan Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

"Saya difahamkan, ini merupakan usaha kali yang ketiga selepas ibu arwah Aminulrasyid bersama peguam dihalau apabila mereka sampai di lobi bangunan kementerian itu. Kali ini, barulah mereka boleh berjumpa," jelas beliau pada sidang media dipejabatnya petang semalam.khalidsamad

Ujar beliau, permohonannya kepada Abu Seman adalah seperti permintaan ibu arwah Aminulrasyid iaitu supaya menarik tuduhan penjenayah terhadap anaknya.

Namun Abu Seman meminta supaya pihak keluarga Aminulrasyid menunggu sehingga selesai perbicaraan terhadap anggota polis yang dituduh menembak remaja terbabit.

"Beliau minta kita tunggu perbicaraan itu dahulu, tetapi ini merupakan perbicaraan yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan arwah Aminulrasyid seorang penjenayah.

"Perbicaraan terhadap konstabel yang menembak arwah Aminulrasyid dan tuduhan beliau seorang penjenayah adalah perkara yang berasingan,"

"Tuduhan terhadap arwah Aminulrasyid perlu ditarik balik kerana sehingga kini ibunya masih tidak boleh menerima tuduhan pihak polis bahawa anaknya seorang penjenayah.

"Arwah Aminulrasyid seorang yang baik dan disenangi oleh rakan-rakan dan di kalangan guru di sekolahnya," kata Khalid lagi.

Beliau sekali mendesak pihak polis dan KDN meminta maaf dan menarik balik tuduhan tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails